Ini senarai 40 model baharu MForce lancar ke pasaran Malaysia sepanjang tahun 2025

Tahukah anda, berapa model motosikal MForce Bike Holdings (MForce) lancarkan ke pasaran Malaysia sepanjang tahun 2025?

Jawapannya, 40 model berbeza daripada pelbagai jenama yang bernaung di bawah empayar MForce yang mempelbagaikan pilihan motosikal dan skuter khas buat pengguna Malaysia.

Jumlah model itu diasingkan mengikut tempoh tiga bulan sekali atau dipanggil suku melibatkan majlis pelancaran di Malaysia dan juga di China untuk pasaran kita.

Berikut ialah model yang dilancarkan mengikut suku tahun 2025:

SUKU PERTAMA 2025

Suku pertama membabitkan tempoh antara Januari sehingga Mac 2025 menyaksikan empat model baharu daripada 4 jenama berbeza iaitu VOGE, SYM, BENDA dan Morbidelli diperkenalkan ke pasaran.

SUKU KEDUA 2025

Jika dilihat pada suku kedua iaitu tempoh antara April sehingga Jun 2025, model yang dilancarkan tidak sebanyak yang diperkenalkan tahun 2024. Sebabnya, MForce tidak menyertai Malaysia Autoshow 2025 atas sebab-sebab tertentu. Malah mereka menjanjikan MForce Motorshow 2026.

Namun, sepanjang tiga bulan tahun ini, MForce tidak berundur daripada pesaingan pasaran dan tampil bersama 5 model baharu yang didominasi oleh skuter. Pengenalan nampak seimbang iaitu satu model mewakili satu jenama. Di bawah ini ialah senarai dan pautan ke berita pelancaran.

SUKU KETIGA 2025

Suku ketiga 2025 iaitu Julai sampai September menyaksikan pengenalan 13 model pelbagai kategori motosikal dan skuter. Dalam tempoh sama, tiga model skuter elektrik diperkenalkan.

Bukan itu, MForce juga membawa model cruiser yang dilengkapi sistem transmisi AMT dan CVT iaitu dipercayai pertama kali diperkenalkan di pasaran kita.

Model yang mendominasi jumlah pelancaran ialah QJMOTOR dengan lima produk terbaharu diikuti SYM, WMOTO dan Yadea.

SUKU KEEMPAT 2025

Tempoh tiga bulan terakhir ini atau suku keempat 2025 adalah momen paling meriah dan sibuk dengan pelancaran 16 model baharu untuk pasaran Malaysia. Sekiranya diteliti, nampaknya motosikal kategori adventure touring lebih banyak diperkenalkan.

Malah nampak juga ada aktiviti meluaskan tawaran model daripada jenama Moto Morini dan juga Morbidelli. Usaha untuk mengembangkan semula Keeway juga dibuat dengan tambahan dua produk baharu iaitu skuter dan sportbike.

Ini adalah senarai model dilancarkan di Malaysia untuk suku keempat 2025.