YADEA Malaysia meluaskan tawaran pilihan skuter elektrik dengan ketibaan satu model baru iaitu YADEA RS20.
Harga badan skuter elektrik ini ialah RM4,998 tak termasuk cukai jalan, pendaftaran dan insurans.
Berdasarkan pengumuman pihak MForce Bike Holdings (MForce), YADEA RS20 juga akan tersenarai dalam program inisiatif MARiiCas tidak lama lagi.
Ini perincian YADEA RS20:
- Ada tiga pilihan warna iaitu Khaki Grey, Roman Grey dan Grey.
- Dilengkapi seunit motor elektrik berkuasa 2,450W.
- Kelajuan maksimum 51km/j.
- Tork maksimum 107Nm.
- Bateri jenis Graphene 72V22Ah.
- Masa mengecas 0 hingga 80 peratus ambil masa 6 jam
- Jika 0 hingga 100 peratus, masa diperlukan 8 jam.
- Jarak tunggangan anggaran 105km dengan setiap cas penuh.
- Panjang 1,820mm.
- Lebar 666mm.
- Tinggi 1,130 hingga 1,290mm.
- Jarak roda 1,298mm.
- Kelegaan tanah 180mm
- Tinggi tempat duduk 765mm.
- Berat kasar 114kg dengan bateri.
- Tayar depan 90/80-12
- Tayar belakang 90/80-12
- Fork teleskopik, set absober berkembar di belakang
- Brek cakera untuk roda depan dan brek dram di belakang. Ada Sistem Brek Kombi (CBS)
- Boleh disambung dengan aplikasi YADEA App untuk aktifkan skuter menggunakan telefon pintar.
- Selain itu, skuter boleh diaktifkan menggunakan anak kunci atau alat kawalan jauh (remote).
- Sistem pencahayaan LED penuh dan dilengkapi meter digital.
- Ada soket USB Type-A.
- Dua mode tunggangan āSā (Sport) dan āEā (Eco).
- Jaminan dua tahun atau jarak perbatuan 20,000km (mana-mana tiba dulu)































