SYM NAGA 155 (2025) akan jadi skuter pilihan ramai pengguna dalam kategori 150cc?

 

Selepas muncul di Vietnam, SYM NAGA 155 (2025) akhirnya tiba di pasaran Malaysia sebagai pilihan skuter moden terbaharu dengan harga lebih mesra poket pengguna.

SYM NAGA 155 dilihat ada potensi menjadi antara skuter popular dalam kategori 150cc memandangkan model ini sudah ada ‘ramuan’ yang diyakini pengguna menerusi label SYM.

Ada empat warna untuk SYM NAGA 155 (2025) iaitu:

  • White (putih)
  • Silver (perak)
  • Black (hitam)
  • Matte Green (hijau kusam keunguan)

Ini adalah sebahagian tarikan utama yang ada pada SYM NAGA 155 (2025):

  • Sistem kekunci pintar jenis tombol
  • Instrumen meter digital berwarna penuh
  • Dua soket UBS iaitu Type A dan Type C
  • Ruang simpanan barang bawah pelana yang agak besar
  • Sistem pencahayaan LED penuh termasuk sistem lampu DRL

SPESIFIKASI SYM NAGA 155 (2025)

SYM MMBCU (NAGA) 150
Enjin1 silinder, SOHC, 4-injap
Kapasiti149.6cc
Kuasa maksimum10.6kW @ 8,000rpm (14.2hp)
Tork maksimum13Nm @ 7,500rpm
Bore x Stroke57.4mm x 57.8mm
Nisbah mampatan11.2: 1
Sistem bahan apiEFI
Sistem penyejukanSejukan cecair
Kotak gearCVT automatik
Suspensi depanFork teleskopik biasa
Suspensi belakangmonoshock
Tayar depan120/70 - 13
Tayar belakang130/70 - 14
Brek depanCakera 260mm
Brek belakangCakera 233mm
Panjang1,995mm
Lebar760mm
Tinggi1,125mm
Jarak dari bumi125mm
Jarak roda1,390mm
Tinggi tempat duduk800mm
Tangki minyak7.3 liter
Berat144kg
Bonus- Lampu LED penuh
- Ada soket USB Type-A dan Type-C
- Meter TFT berwarna
- Butang kawalan 3D
- Tempat letak cawan
- Lampu kecemasan
- Sistem Start/Stop