Belum sampai setahun, MForce Bike Holdings (MForce) sudah meluaskan varian skuter adventure premium SYM dengan pelancaran SYM Husky ADV 300 dengan harga permulaan RM23,888.
Model adventure pertama SYM Husky ADV 150 yang diperkenalkan pada 1 April 2024 dengan dua versi – Standard (RM9,998) dan Special Edition (RM10,298).
SYM Malaysia menawarkan tiga warna elegan iaitu White, Space Grey dan Matte Black. Produk SYM ialah model skuter yang dipasang di negara ini (CKD) dari kilang MForce di Pulau Pinang.
Tawaran SYM Husky ADV 300 ini sudah tentu akan menjadi antara skuter pilihan kepada mereka yang bercadang menaik taraf skuter kepada kapasiti lebih besar tetapi harga tidak begitu membebankan.
Salah satu kekuatan SYM ialah enjinnya yang dikenali dengan tahap kualiti tinggi serta antara produk diyakini dalam segmen skuter global.
Ini adalah data spesifikasi SYM Husky ADV 300
- Enjin: 4 strok satu silinder SOHC sejukan cecair dan pancitan petrol (Fi)
- Kapasiti: 278.3cc
- Kuasa maksimum: 19kW@8,000rpm
- Tork maksimum: 26Nm@6,000rpm
- Kotak gear: CVT automatik
- Penghidup: Elektrik
- Fork: Teleskopik
- Suspensi: dua absober belakang
- Brek depan: Cakera 260 mm ada Sistem ABS
- Brek belakang: Cakera 240 mm dengan ABS
- Rim depan: 15 inci dengan tayar 120/70-15
- Rim belakang: 14 inci dengan tayar 140/70-14
- Berat bersih: 138kg
- Tinggi tempat duduk: 790 mm
- Panjang: 2,185 mm
- Lebar: 810 mm
- Jarak antara tayar: 1,510 mm
- Tangki minyak: 16 liter
- Bateri: YTX12(12V 12Ah)
















































