Bulan ini kita mungkin akan saksikan kemunculan satu lagi model motosikal berjenama VOGE di pasaran Malaysia iaitu VOGE DS900X.
VOGE DS900X akan jadi model ketiga VOGE di Malaysia selepas supermoped VOGE FR150 Formica Rossa dan cruiser VOGE CU525.
DS900X ialah sebuah motosikal jenis adventure dan harga jualannya di bawah RM50,000. Anda rasa harga badan macam ini mahal atau pun murah?
Apa yang kami tahu, VOGE DS900X mungkin datang ke Malaysia dengan tiga warna untuk pengguna pilih – Matt Black (hitam), Aviator Blue (biru) dan Lime Green (hijau).
Kalau tengok pasaran global, ada dua edisi VOGE DS900X iaitu model tahun 2024 dengan box (3 kotak simpanan) dan model tahun 2025 (tiada box).
VOGE tidak tawarkan box sebagai ciri standard sebab ramai pengguna nak pasang kotak simpanan lain – contohnya soft luggage.
Model tahun 2025 dapat sistem navigasi Carbit yang boleh buat mirroring dengan telefon bimbit untuk membuatkan pengalaman menunggang jauh lebih baik.
Pengguna Malaysia akan dapat pilihan VOGE DS900X dengan tiga kotak simpanan barang tapi tidak semestinya model tahun 2024. Mana tau VOGE Malaysia bawa masuk model DS900X 2025 dan pasangkan box aluminium sekali.
DATA PERINCIAN (SPESIFIKASI) VOGE DS900X
Enjin: 4 strok 2 silinder selari
Kapasiti: 895cc
Kuasa maksimum: 96.5hp @ 8,250rpm
Tork puncak: 91Nm @ 6,250rpm
Nisbah mampatan: 13:1
Bore x Stroke: 86x77mm
Penyampaian bahan api: EFI (injektor/pancitan terus)
Penyejukan: radiator dengan penyejukan cecair
Kotak gear: 6 kelajuan manual clutch dengan slipper clutch
Pacuan roda: jenis rantai
Penghidup enjin: butang elektrik
Fork: KYB USB boleh dilaras
Absober: Monoshock KYB boleh dilaras
Brek depan: dwicakera 305mm caliper Brembo dengan brek ABS
Brek belakang: Satu cakera 265mm caliper Brembo dengan brek ABS
Rim: lidi spoked dengan tayar tubeless
Tayar depan: 90/90 – 21
Tayar belakang: 150/70 – 17
Lampu: LED untuk lampu depan dan belakang