QJMOTOR e-LTR (2025): Skuter EV pertama QJMOTOR Malaysia, harga RM6,999

QJMOTOR Malaysia melancarkan skuter elektrik (EV) pertama mereka di Malaysia iaitu model QJMOTOR e-LTR (2025).

Skuter EV ini ditawarkan dengan harga badan RM6,999 dan ada dua warna pilihan iaitu putih dan biru gelap.

Satu perkara penting yang perlu dikongsikan ialah QJMOTOR e-LTR (2025) tersenarai dalam program insentif MARiiCas yang menawarkan rebat harga badan RM2,400.

Selepas ditolak insentif, harga badan QJMOTOR e-LTR ialah RM4,599. Ini harga belum masuk harga insurans dan pendaftaran.

Pelancaran skuter kali ini dibuat secara maya menerusi akaun TikTok QJMOTOR Malaysia. Berikut ialah spesifikasi yang terkandung pada QJMOTOR e-LTR (2025):

  • Skuter dipacu motor elektrik dengan output kuasa 3,000kW.
  • Sistem kawalan suhu motor berasakan penyejukan udara.
  • Bateri digunakan jenis litium ion (1 pek) dengan kapasiti 27Ah. Boleh tambah bateri kedua tetapi ini ada kos tambahan.
  • Jarak boleh ditunggang dengan setiap cas penuh sekitar sehingga 105km.
  • Berat bateri 13.5kg. Berat skuter tanpa bateri pula 85kg. Jumlah berat kasar ialah 98.5kg.
  • Masa untuk cas bateri dari kadar 30 peratus ke 80 peratus mengambil masa 5 hingga 6 jam.
  • Ada tiga mod iaitu mod 1 untuk kelajuan rendah, mod 2 untuk kelajuan sederhana dan paling tinggi ialah mod 3 untuk tunggangan sporty.
  • Panjang: 1,890mm
  • Lebar: 710mm
  • Tinggi: 1,100mm
  • Jarak lega bumi: 145mm
  • Jarak roda: 1,310mm
  • Tinggi pelana: 760mm
  • Sistem fork teleskopik (depan) dan set absober berkembar di belakang.
  • Rim aloi 12 inci depan dan belakang
  • Tayar depan 100/90
  • Tayar belakang 110/90
  • Sistem brek cakera depan dan belakang. Ada teknologi Sistem Brek Kombi (CBS).
  • Sistem kekunci jenis mekanikal