ARIIC 318GT dilancarkan MForce dengan harga badan RM22,888

Ingatkan skuter SYM ADXTG400 yang dilancarkan petang tadi.

Rupanya lain pula model yang ditampilkan di majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Bersama Media anjuran pihak MForce Bike Holdings (MForce) di Courtyard Kuala Lumpur.

MForce) tidak melancarkan skuter SYM ADXTG400 petang tadi tapi mencipta kejutan apabila menampilkan satu lagi jenama baru ke pasaran iaitu Ariic.

Ariic ini satu jenama dari China yang dilaporkan memberi fokus kepada pengeluaran produk skuter. Dan acara petang tadi menyaksikan pelancaran skuter maxi Grand Touring (GT) ARIIC 318GT .

ARIIC 318GT hadir dengan tiga pilihan warna menarik iaitu Matt Black, Dark Grey dan Matt Grey.

Harga ARIIC 318GT bermula dari RM22,888 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans) dan sudah diedar ke kedai-kedai pengedar sah MForce sebelum waktu pelancarannya.

ARIIC 318GT dikuasakan oleh enjin 4-lejang silinder tunggal 330cc 4-injap SOHC yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 27.62hp pada 7,000rpm dan tork
30.8Nm pada 5,500rpm.

Enjin skuter itu menggunakan sistem penyejukan cecair dan transmisi automatik CVT untuk memberikan penukaran kuasa yang lancar serta responsif.

Skuter ini turut menggunakan klac jenis sentrifugal kering bagi memberikan kawalan kuasa yang efisien secara automatik sepanjang tunggangan.

Reka bentuk aerodinamik ARIIC 318GT diserlahkan dengan lampu nyalaan siang (DRL) LED pada lampu hadapan yang berbentuk ā€˜V’ dan lampu belakang LED.

Meter skuter ARIIC 318GT jenis TFT memberikan informasi lengkap secara
digital dan moden. Menariknya, skuter ini ada dashcam di hadapan yang paparannya cukup jelas ditayangkan pada meter TFT.

Ini ialah ciri lain ada pada ARIIC 318GT :

  • Dimensi 2,215mm panjang, 780mm lebar dan 1,395mm tinggi serta jarak roda
    1,540mm.
  • Berat keringnya ialah 208kg dengan ketinggian tempat duduk 790mm.
  • Kapasiti tangki bahan api ialah 16 liter yang sesuai untuk perjalanan jauh tanpa perlu kerap mengisi minyak.
  • Sistem suspensi hadapan jenis fork biasa dan belakang pula menggunakan absober berkembar.
  • Cakera brek berkembar saiz 260mm di hadapan dan cakera tunggal 240mm di belakang dengan sokongan sistem brek ABS BOSCH dwi-saluran.
  • Saiz tayar hadapan 120/70-14 dan belakang 150/70-13, kedua-duanya berjenama CST dan tidak perlukan tiub.
  • Skuter ini dilengkapi dengan ruang simpanan hadapan kiri dengan fungsi port
    pengecasan USB (Type-A & Type-C) dan ruang simpanan hadapan-tengah.
  • Ruang simpanan bawah tempat duduk ada sokongan hidraulik yang lengkap dengan sistem pencahayaan. Boleh muat sebiji topi keledar bermuka penuh dan sebiji topi
    keledar separuh muka.
  • Lebih menarik lagi, ARIIC 318GT tersedia dengan pelindung angin boleh laras.
  • Butang kawalan konsol kiri dan kanan berlampu (backlit button) untuk kemudahan semasa tunggangan waktu malam.
  • ARIIC 318GT dilengkapi sistem kunci pintar PKE (Passive Keyless Entry) yang
    tidak memerlukan pengguna skuter menekan butang atau memasukkan anak kunci.
  • Sistem PKE akan mengesan kehadiran kunci pintar apabila berada dalam jarak tertentu sekaligus mengoptimumkan masa diperlukan untuk menghidupkan enjin.
  • Tuil brek skuter ini boleh dilaras dan ada fungsi kekunci brek tangan sebelah kiri.
  • Pemijak kaki aluminium boleh lipat serta ada pemegang belakang.
  • Disertakan fungsi TPMS (Tyre Pressure Monitoring System) yang akan memantau tekanan angin tayar secara automatik.
  • ARIIC 318GT ada jaminan waranti dua tahun tanpa had perbatuan.