Morbidelli F352 mula diperlihat di pentas antarabangsa semasa Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2024 dan tiada cerita kedengaran dari media di negara Eropah.
Tapi motosikal gaya streetfighter ini ada dikesan sedang menjalani beberapa ujian termasuk endurance di jalan raya Malaysia. Paling terkini, motosikal ini ada berkunjung ke Terengganu.
Ada sesuatu yang perlu kita tahu terlebih dulu. Informasi yang kru kami ceritakan.. Morbidelli F352 di Malaysia akan ditukar kepada enjin lain.
Ini mungkin ada kaitan dengan kelas lesen motosikal di Malaysia. Lesen B2 untuk 250cc ke bawah dan B Full diperlukan untuk motor macam Morbidelli F352.
Sebabnya, Morbidelli F352 guna enjin 349.2cc 2 silinder sebaris dengan kuasa kuda 40.9hp @ 8,500rpm dan tork 31Nm @ 8500rpm.
Informasi kru kami terima ialah motor ini akan dipanggil Morbidelli F252 dan menggunakan enjin berkapasiti 250cc. Ini meletakkan Malaysia sebagai negara pertama di pentas dunia akan menerima Morbidelli F252.
Kru kami belum menerima informasi lengkap tentang Morbidelli F252 tapi untuk F352, ini antara ciri yang diumumkan Morbidelli:
- Memiliki reka bentuk maskulin dan agresif dari depan sehingga ekor belakang.
- Lampu depan LED dengan lampu DRL dengan keunikan tersendiri.
- Sistem fork USD 41mm dengan jarak travel 120mm dan monoshock belakang multi-link serta boleh dilaras.
- Brek cakera depan saiz 300mm dan di belakang cakera 240mm. Ada brek ABS.
- Meter 5 inci TFT dan ada USB. Boleh sambung dengan telefon.
- Ada dua mode enjin.
- Tempat duduk setinggi 790mm dan berat kering 170kg.
- Tangki minyak 15 liter.






