Morbidelli T250X bakal sertai segmen adventure di Malaysia, harga badan RM9,888 dan RM11,288

Morbidelli Malaysia akan memperkenalkan sekurang-kurangnya tiga model motosikal adventure ke pasaran tempatan bermula dari hujung tahun ini.

Tiga model motosikal adventure itu ialah Morbidelli T250X, Morbidelli T252X dan Morbidelli T502X. Jenama Morbidelli di Malaysia diuruskan MForce Bike Holdings.

Artikel ini akan tertumpu sepenuhnya pada model adventure asas Morbidelli T250X (lihat gambar bawah).

Morbidelli T250X

Kami pernah berkongsi laporan tentang Morbidelli T250X termasuk cerita segelintir pengedar motosikal MForce Bike Holdings (MForce) sudah membuka tempahan untuk model itu.

Model ini dilancarkan di China sempena program MForce Top 68 Dealer’s Educational Sales Campaign 2025 dan ada dua varian akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia iaitu

  • Morbidelli T250X: harga badanĀ RM9,888
  • Morbidelli T250X Special Edition: harga badanĀ RM11,288

Ini adalah perincian maklumat berhubung spesifikasi untuk model Morbidelli T250X:

  • Motosikal ini memperoleh kuasa penggerak daripada enjin 4 lejang silinder tunggal 249cc SOHC 4 injap
  • Petrol disampaikan ke kebuk pembakaran melalui sistem suntikan bahan api Bosch dan kaedah penyejukan udara (air-cooled)
  • Kotak gear 6 kelajuan dengan klac manual.
  • Output kuasa maksimum ialah 24.4hp semasa 7,500rpm
  • Tork tertinggi 22.3Nm pada 6,000rpm
  • Kerangka atau frem yang digunakan jenis double cradle
  • Jarak roda 1,340mm
  • Tinggi tempat duduk 820mm
  • Berat kasar 154kg
  • Tangki minyak 11.7 liter
  • Fork depan jenis terbalik (USD) 41mm dengan jarak travel 177mm
  • Absober belakang jenis monoshock dengan jarak travel 55mm. Monoshock belakang boleh laras prabeban
  • Brek cakera depan 265mm dengan kaliper 2-piston
  • Brek belakang jenis cakera tunggal 220mm kaliper 2-piston
  • Ada brek ABS depan-belakang
  • Rim depan 19 inci dengan tayar 90/90
  • Rim belakang 17 inci, tauar saiz 110/90
  • Instrumen meter LCD 7 inci yang diposisikan secara menegak
  • Konsol butang kawalan sebelah kiri dan kanan hendal dilengkapi latar pencahayaan
  • Ada soket USB Type-A
  • Motosikal ini juga didatangkan dengan teknologi Sistem Kawalan Cengkaman (Traction Control)

GALERI GAMBAR MORBIDELLI T250X