
Satu lagi model cruiser memasuki pasaran Malaysia iaitu WMOTO Bobbie 450S (2025). Ini adalah varian Bobbie ketiga selepas Bobbie VII dan Bobbie VII Side Car (3 Wheeler).
Model cruiser terbaru ini dilancarkan ke pasaran Malaysia dengan harga badan RM19,888 tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran dan insurans.

Pilihan warna yang ditawarkan untuk model WMOTO Bobbie 450S ada tiga iaitu:
- Ground Sand Ash
- Gulf Custom
- Matte Black
Berikut ialah perinciannya:
- Enjin 4-lejang 2-silinder sebaris 449cc DOHC dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api (FI).
- Gerek x lejang: 72mm x 52.2mm
- Nisbah mampatan: 11.5 : 1
- Kuasa maksimum: 37kW @ 9,500rpm
- Tork puncak: 39Nm @ 7,600rpm
- Kotak gear klac manual 6 kelajuan dengan pacuan rantai
- Fork teleskopik depan, travel 130mm
- Absober berkembar di belakang, travel 100mm
- Tayar depan: 120/80 – 17
- Tayar belakang: 150/80 – 16
- Brek cakera depan 320mm
- Brek cakera belakang 256mm
- Ada damper stereng
- Panjang: 2,240mm
- Lebar: 820mm
- Tinggi: 1,065mm
- Jarak antara roda: 1,510mm
- Tinggi pelana: 650mm
- Berat bersih: 190.5kg
- Tangki minyak: 15 liter
- Meter digital penuh LED
- Lampu LED penuh dan lampu utama ada lampu DRL
- Ada brek ABS depan-belakang
- Lever brek boleh laras
- Sistem kunci mekanikal
- Jaminan waranti tanpa had perbatuan untuk tempoh dua tahun


















