MForce akan bawa lebih banyak kejutan di Malaysia Autoshow 2025?

Malaysia Autoshow 2025 akan kembali pada bulan depan (Mei 2025) di MAEPS Serdang, Selangor dan tiket jualan sudah dibuka termasuk beberapa kali menawarkan diskaun sehingga 50 peratus.

Acara itu sudah tentu dinantikan ramai peminat automotif, lebih-lebih lagi pencinta roda dua tempatan yang ingin melihat model-model motosikal baharu dengan lebih dekat.

Kalau diimbas kembali acara tahun lalu, ada satu syarikat motosikal membawa banyak jenama motosikal dan meletakkannya di dalam Hall C – Siapa lagi kalau bukan MForce Bike Holdings (MForce).

Semasa Malaysia Autoshow 2024, MForce menampilkan tiga kategori motosikal – model sedia ada, model baru dilancarkan dan model akan datang (future models).

Jumlah motosikal dibawa masuk dan di susun dalam Hall C dikatakan lebih 200 jenis – dari skuter hingga motosikal berkapasiti besar.

Acara Malaysia Autoshow 2024 juga jadi saksi kepada pelancaran banyak model dan jenama-jenama baru yang dibawa MForce macam BENDA, Morbidelli, Cyclone dan VOGE.

Laman web Malaysia Autoshow menyatakan sebanyak 47 pelancaran dibuat semasa acara tahun lalu dan kalau tak silap, pelancaran motosikal paling banyak sudah tentunya dari pihak MForce.

Tahun ini… adakah kita dapat melihat lebih banyak kejutan model-model motosikal baru dari MForce di Malaysia Autoshow 2025? Dengan segala dukacitanya dimaklumkan bahawa jawapannya tidak.

Kami terima berita mengecewakan ini apabila diberitahu:

“MForce terpaksa melepaskan hasrat untuk menyertainya ekoran dari beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan…”