QJMOTOR SRV 250 AMT (2025): Cruiser dengan kotak gear Auto-Manual pertama dilancarkan di Malaysia, harga dari RM17,888

QJMOTOR-SRV-250-AMT-2025-MALAYSIA

QJMOTOR Malaysia melancarkan motosikal cruiser 250cc pertama di Malaysia yang dilengkapi sistem kotak gear AMT (Automated Manual Transmission) di Pulau Pinang tengah hari tadi.

Model yang disebutkan ini ialah QJMOTOR SRV 250 AMT (2025) yang dipasang secara tempatan (CKD).

Harga badan yang diumumkan tadi ialah RM17,888 (tak masuk insurans, pendaftaran dan cukai jalan) iaitu hampir sama seperti kru kami laporkan pada bulan lepas.

Untuk pilihan warna, QJMOTOR SRV 250 AMT (2025) hadir dengan warna Matt Black (hitam) dan Silver (perak).

Menariknya, motosikal QJMOTOR SRV 250 AMT ini menawarkan ciri tak perlu guna klac tangan atau masuk gear atau turunkan gear secara manual.

QJMOTOR-SRV-250-AMT-2025-MALAYSIA

Sistem motor akan naikkan atau turunkan kepada gear yang sesuai ikut kelajuan motosikal. Kalau nak tukar sendiri, boleh tekan butang + dan – di sebelah kiri hendal.

QJMOTOR-SRV-250-AMT-2025-MALAYSIA

Untuk masuk gear secara manual, gunakan mod M (manual) dan kalau ingin santai, pilih mod D (automatik).

Motor ini memang sesuai untuk mereka yang mahu nikmati keseronokan perjalanan tapi bukan untuk mereka yang minat pada kelajuan.

QJMOTOR SRV 250 AMT guna dua brek tangan (kiri dan kanan). Ini maknanya, tak ada pemijak brek di sebelah kanan motosikal.

Ini data perincian (spesifikasi) rasmi QJMOTOR SRV 250 AMT:

QJMOTOR SRV 250 AMT (2025)
Enjin2 silinder V-Twin, SOHC 2-injap setiap silinder
Kapasiti249cc
Kuasa maksimum20.5kW @ 9,000rpm (27.5hp)
Tork maksimum23Nm @ 8,000rpm
Bore x Stroke58mm x 47.2mm
Nisbah mampatan-
Sistem bahan apiEFI
Sistem penyejukanSejukan cecair
Kotak gearAMT dengan pacuan rantai
Suspensi depanFork teleskopik USD
Suspensi belakangdwi absober
Tayar depan120/80 - 16
Tayar belakang150/80 - 15
Brek depanCakera 280mm
Brek belakangCakera 240mm
Panjang2,110mm
Lebar850mm
Tinggi1,100mm
Jarak dari bumi160mm
Jarak roda1,400mm
Tinggi tempat duduk700mm
Tangki minyak13.5 liter
Berat167kg
Bonus- Sistem brek ABS depan-belakang
- Ada soket USB
- Lampu LED
- Meter digital
- Ada Traction Control (TCS) boleh nyah aktif