YADEA GT20 (2025) dilancarkan di Malaysia, harga badan RM4,998

YADEA Malaysia melancarkan satu model skuter elektrik (EV) terbaru iaitu YADEA GT20 (2025) pada harga badan RM4,998

Skuter EV ini ditawarkan dalam tiga pilihan warna menarik iaitu Metal Grey, Dark/Orange dan Green/Gold.

YADEA GT20 (2025) boleh didapati menerusi pengedar sah MForce Bike Holdings (MForce) di seluruh Malaysia.

Skuter YADEA GT20 (2025) ini dikuasakan dengan seunit motor elektrik pada hab roda belakang yang menghasilkan kuasa 2,000W hingga 3,200W dan torknya 160Nm.

Darjah pendakian bukit untuk skuter ini tidak kurang hebatnya, dengan 15º sudut kecondongan dan ini membuatkan YADEA GT20 tiada masalah di kawasan berbukit dan laluan mencabar.

Bateri yang menyimpan tenaga elektrik untuk YADEA GT20 jenis graphene berkapasiti 72V 38Ah dan mampu skuter ini mencapai anggaran jarak perjalanan sejauh 105 kilometer dengan satu cas penuh.

Masa untuk mengecas bateri adalah sekitar 6 hingga 8 jam menggunakan pengecas 72V 6A dan kitaran hayat bateri mampu mencecah sehingga 500 kali cas.

YADEA GT20 ada kaedah sistem penjanaan semula tenaga (energy recycling) ke bateri semasa penunggang membrek atau menuruni cerun.

Mari kita lihat data teknikal (spesifikasi) YADEA GT20 (2025):

  • Rim aloi 12 inci (MT2.15-12) dengan tayar saiz 90/80-12 untuk depan dan belakang.
  • Ada teknologi brek CBS (Combined Braking System).
  • Panjang 1,857mm
  • Lebar 690mm
  • Tinggi 1,120mm
  • Tinggi tempat duduk 768mm
  • Panjang tempat duduk 700mm
  • Jarak dari bumi 140mm hingga 150mm
  • Ruang simpanan bawah tempat duduk 28 liter
  • Lampu LED depan dan belakang. Pancaran terang sekitar 4,000CD untuk low beam dan 22,000CD untuk high beam.
  • Meter digital.
  • Ada dua mode tunggangan serta fungsi paparan sistem tenaga dan amaran kerosakan pintar (smart monitor faultless).
  • Ciri keselamatan seperti skuter tidak boleh gerak selagi tongkat sisi belum dinaikkan.
  • Dilengkapi ciri ‘Secure Ride’ dengan tempat duduk ergonomik, penyandar belakang pembonceng dan pemegang bar belakang.
  • Ada ruang simpanan hadapan, soket USB Type-A dan cangkuk tersembunyi (hidden hook) untuk gantung barang.
  • YADEA GT20 datang dengan jaminan dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km (yang mana tiba dahulu).