
Ada pengedar motosikal sudah mula ambil tempahan untuk model Morbidelli T250X (2025) yang dijangka memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.
Anggaran harga badan motosikal jenis trail ini dikatakan sekitar atau bawah paras RM10,000. Ada juga pengedar menyiarkan harga bawah RM13,000 termasuk aksesori tiga kotak simpanan.
Ini mungkin bermaksud akan ada 2 versi Morbidelli T250X iaitu satu sebagai standard tanpa aksesori dan satu lagi diberikan aksesori seperti set kotak simpanan barang.
Morbidelli ialah jenama diuruskan pihak MForce Bike Holdings (MForce) untuk pasaran Malaysia dan kita tunggu sahaja pengumuman mereka tentang T250X.
Sementera menanti perkembangan Morbidelli T250X, kru kami senaraikan spesifikasi global motosikal itu di bawah ini:
- Enjin 4-lejang satu silinder 249cc SOHC 4-injap dengan sistem suntikan bahan api dan sistem sejukan udara
- Gerek x lejang: 71mm × 63mm
- Kuasa maksimum: 22.4hp @ 7,500rpm
- Tork puncak: 22.Nm @ 6,000rpm
- Nisbah mampatan: 9.7:1
- Transmisi klac manual 6-kelajuan dengan pacuan akhir rantai
- Casis jenis double cradle
- Fork depan jenis terbalik dengan jarak travel 177mm
- Monoshock belakang boleh laras prabeban, jarak travel 55mm
- Rim jejari (spokes) depan saiz 19 inci, tayar saiz 90/90
- Rim jejari (spokes) belakang saiz 17 inci, tayar 110/90
- Brek depan cakera tunggal 265mm dengan kaliper piston berkembar
- Brek belakang cakera tunggal 220mm dengan kaliper piston berkembar
- Berat kasar 154kg
- Tinggi tempat duduk 820mm
- Jarak roda 1,340mm
- Tinggi tempat duduk 820mm
- Jarak roda 1,340mm
- Panjang 2,060mm
- Lebar 985mm
- Tinggi 1,170mm
- Jarak bumi 220mm
- Tangki minyak 11.7 liter
- Instrumen meter LCD dalam posisi menegak(inspirasi Rali) dan ada sambungan Bluetooth, indikator gear, pengecas USB dan latar lampu pencahayaan pada konsol.
- Sisten pencahayaan LED dengan projektor berkembar untuk lampu depan, lampu LED berbentuk X sebagai lampu nyalaan siang.
- Lampu belakang dan lampu signal belok juga menggunakan diod LED, Ada lampu kecemasan (hazard light).
- Ada sistem lampu pencahayaan automatik.
- Sistem keselamatan membabitkan Sistem Brek Antikunci (ABS) dwi saluran












