Macam kami ceritakan sebelum ini, MForce Bike Holdings terpaksa ambil keputusan melepaskan hasrat menyertai Malaysia Autoshow 2025 ekoran dari beberapa faktor yang tidak
dapat dielakkan.
Ini sudah tentu mengecewakan. Mungkin bukan rezeki peminat dua roda tempatan untuk melihat skuter ‘Ariffin 180i‘ depan mata pada bulan depan atau SYM ADX400 dan QJ AX200 S di bawah satu bumbung. Tak lupa juga siri motosikal cruiser X-WEDGE.
Ini pencapaian MForce di Malaysia Autoshow 2024:
- Lancar 18 model baru dalam satu hari
- Pamer 80 model yang bakal berada di pasaran Malaysia
- Himpun lebih 200 model motosikal dalam satu dewan (Hall C)
- Tandatangani beberapa MOU dengan wakil syarikat antarabangsa
Mari kita teliti apa rancangan sedang disusun MForce selepas ini:
- MForce cakap tak dapat sertai Malaysia Autoshow 2025 sebab beberapa faktor yang tidak
dapat dielakkan. - Beberapa faktor ini mendorong MForce ambil keputusan untuk tumpukan perhatian
kepada perancangan jangka panjang dan memperkukuhkan lagi strategi pemasaran
syarikat.
Untuk memastikan peminat dua roda tak terus kecewa disebabkan ‘beberapa faktor yang tak dapat dielakkan’ itu, MForce nak bikin autoshow sendiri. Pameran eksklusif itu…MForce Motoshow akan diadakan tahun depan.
Acara Mforce Motoshow 2026 ini bakal dianjurkan bagi menghargai pengguna-pengguna MForce serta memberi pendedahan, membina kepercayaan pengunjung dengan mengadakan pelbagai pameran motosikal dan aktiviti yang menarik.
MForce dalam penyampaiannya memberi petunjuk awal akan mereka nak bikin:
- BUKAN hanya setakat bercadang untuk mempamerkan motosikal yang sudah ada di
pasaran. - Turut MELANCARKAN model-model terbaru.
- PROTOTAIP motosikal yang BAKAL dilancarkan dalam tempoh TIGA tahun akan datang.
- Pelbagai AKTIVITI menarik disediakan macam sesi pandu uji, pertunjukan stunt show, ruang pengunjung menjalankan aktiviti perkhemahan dan kerjasama komuniti pemilik motosikal MForce.
- Lancar beberapa jenama motosikal dan skuter baru.
Kalau kita tengok balik rancangan MForce ini, sudah ada tambahan program berbanding penyertaan di Malaysia Autoshow 2024.
Cara pameran MForce sudah macam pameran motorshow berstatus antarabangsa… ada pameran model sedia di pasaran, ada model baru dilancarkan dan ada model prototaip yang akan masuk Malaysia.
Bukan hanya perkenalkan banyak model baru dan jual produk motor sahaja, MForce juga sudah nyatakan komitmen mereka untuk beri yang terbaik dari aspek perkhidmatan dan aktiviti sosial kepada komuniti.
Beberapa hari lepas, beberapa wakil MForce luang masa hadir dan sertai perjumpaan bersama pemilik-pemilik motosikal VOGE FR150 Formica Rossa dengan tim perlumbaan VOGE Racing Team AS25 Academy.
Siap kongsi maklumat, bertukar pandangan dan dengar maklum balas pelanggan. Ada juga kelibat Ikon Sukan Permotoran Malaysia – saudara Azlan Shah Kamaruzaman dalam perjumpaan itu.