Tak masuk akal…. skuter QJMOTOR AX200S ada brek ABS depan belakang, ada TCS, meter touch screen tapi harga RM7,988

QJMOTOR AX200S.

Skuter ini memang jadi model hangat disebut-sebut selepas dilancarkan oleh pihak MForce Bike Holdings (MForce) semalam.

Sebuah skuter baru yang diperkenalkan dengan harga yang memang tak masuk akal kalau diikutkan trend di Malaysia.

Biasanya… kalau skuter atau motosikal yang ada teknologi moden, harganya sudah tentu lebih mahal sedikit berbanding model sekelasnya. Ini terbalik.

Harga badan QJMOTOR AX200S ialah RM7,988 tapi ini belum dikira bayaran insurans, pendaftaran dan cukai jalan.

Murah macam mana itu? Jauh lagi murah ratusan ringgit dari beberapa motosikal popular jenama Jepun bawah 150cc.

Harga badan QJMOTOR AX200S ini sama macam harga skuter Aveta NOVA 160 yang dilancarkan Aveta Global Malaysia.

Walaupun harga dua skuter ini sama tapi QJMOTOR AX200S ada ciri moden yang tidak ada pada Aveta NOVA 160.

Contoh… QJMOTOR AX200S ada Traction Control (sistem kawalan cengkaman roda – TCS) yang boleh dipadamkan atau diaktifkan ikut selera penunggang.

Menariknya, untuk aktif atau matikan Traction Control ini, kena buat dengan tekan permukaan meter. Bukan tekan apa-apa butang.

Meter QJMOTOR AX200S ini jenis touch screen tapi walaupun bukan keseluruhan meter. Ada dua bahagian je boleh tekan iaitu ADJ dan SET.

Letak jari dan tekan SET di skrin untuk beberapa saat untuk mulakan penukaran setting.

QJMOTOR AX200S ada dua mode yang boleh dipilih iaitu P0 (penggunaan minyak biasa) dan P1 (untuk jimat petrol).

Pilihan mode ini ditukar dengan tekan atas bawah butang idiling di sebelah kanan hendal. Data perincian (spesifikasi) ada di sini:

QJMOTOR AX200S
Enjin1 silinder, SOHC, 4-injap
Kapasiti175cc
Kuasa maksimum13kW @ 8,500rpm (17.4hp)
Tork maksimum15.2Nm @ 6,500rpm
Bore x Stroke60mm x 61.8mm
Nisbah mampatan-
Sistem bahan apiEFI
Sistem penyejukanSejukan cecair
Kotak gearCVT automatik
Suspensi depanFork teleskopik biasa
Suspensi belakangabsorber kembar ada subtank
Tayar depan100/80 - 14
Tayar belakang120/70 - 14
Brek depanCakera 230mm
Brek belakangCakera 220mm
Panjang1,930mm
Lebar720mm
Tinggi1,120mm
Jarak dari bumi145mm
Jarak roda1,340mm
Tinggi tempat duduk780mm
Tangki minyak10 liter
Berat127kg
Bonus- Lampu LED penuh
- Ada port USB Type A dan Type C
- Skrin meter LED jenis touch screen
- Brek ABS depan belakang
- Traction Control boleh on/off
-