YADEA Velax: Skuter elektrik baru lancar sudah sertai Program MARiiCas, ada rebat RM2,400!

Walaupun baru dilancarkan pada Ahad lalu, skuter elektrik penuh YADEA Velax sudah tersenarai dalam program insentif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas).

Sekiranya layak, pemohon akan menerima rebat penjimatan sehingga RM2,400 untuk pembelian YADEA Velax. Potongan rebat ini mengikut harga badan badan YADEA Velax.

YADEA Velax (2025)

Maksudnya, insentif ini akan menjadikan harga badan YADEA Velax kepada RM4,699 (turun RM2,400) berbanding harga badan asal RM7,099.

Tapi ini bukan harga akhir sebab harga lepas insentif MARiiCas ini belum dicampur kos pendaftaran, cukai jalan dan insurans.

Velax adalah model ketiga dalam program insentif rebat MARiiCas untuk jenama YADEA selepas skuter elektrik YADEA E8S Pro dan YADEA GT20.