SYM CRUiSYM 400i (2025) sudah sampai Malaysia, bikin perang skuter jadi lebih sengit

sym cruisym 400i (2025) Arena Motosikal

SYM Malaysia secara rasminya mengumumkan ketibaan skuter maxi SYM CRUiSYM 400i untuk pasaran tempatan sebentar tadi.

SYM CRUiSYM 400i (2025) didatangkan dengan tiga warna menarik iaitu Space Grey (kelabu), Dark Night Purple (hitam) dan Dreamy White (putih). Harga badan ialah RM27,888, tak termasuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran.

Skuter maxi SYM CRUiSYM 400i dilengkapi dengan satu pakej ciri menarik yang berpotensi meletakkannya selangkah di hadapan pencabar lain dalam segmen skuter 300 hingga 400cc.

Jom kita teliti apa yang ada pada SYM CRUiSYM 400i. Di bawah ini adalah perinciannya:

PERINCIAN & SPESIFIKASI SYM CRUiSYM 400i

  • Ada kamera dashcam depan belakang.
  • Lampu projektor berkembar dan ada jalur lampur DRL (daytime running lights)
  • Lampu signal belok ditanam dalam cermin sisi
  • Lampu brek belakang LED
  • Tempat duduk bersambung dengan sokongan belakang badan untuk penunggang
  • Penghadang angin boleh laras
  • Meter TFT 7 inci dengan paparan semua maklumat dalam satu skrin
  • Konsol kawalan baru dengan fungsi akses MENU dan MODE di sebelah kiri.
  • Buka tempat duduk dan isian petrol dengan menekan butang.
  • Ada dua soket USB Type A dan Type C.
  • Menggunakan tombol sistem kekunci pintar
  • Enjin 4-lejang satu silinder 399cc OHC 4-injap
  • Sistem penyejukan cecair dan suntikan bahan api
  • Gerek x lejang: 83mm x 73.8mm
  • Kuasa 25kw @ 6,750rpm
  • Tork 37Nm @ 5,000rpm
  • Sistem transmisi automatik CVT
  • Fork teleskopik (depan) dan set absober berkembar di belakang
  • Brek depan cakera jenis tunggal, kaliper dwi-piston
  • Brek belakang tunggal, kaliper satu piston
  • Rim aloi 15 inci dengan saiz tayar 120/70 (depan)
  • Rim aloi 14 inci, tayar saiz 160/60 (belakang)
  • Panjang 2,230mm
  • Lebar 820mm
  • Tinggi 1,360mm
  • Jarak roda 1,552
  • Jarak bumi 140mm
  • Berat 222kg
  • Tinggi pelana 785mm
  • Tangki minyak 14.5 liter