QJMOTOR  SRV 600 V (2025) lancar dengan 3 warna pilihan, harga badan dari RM33,888

MFORCE Bike Holdings (MForce) melancarkan sebuah motosikal cruiser terbaharu yang mengggunakan lencana QJMOTOR ke pasaran Malaysia.

Model yang dimaksudkan itu ialah QJMOTOR  SRV 600 V (2025) versi pemasangan tempatan (CKD) dari kilang MForce di Pulau Pinang,

Motosikal ini ditawarkan dengan harga badan RM33,888 tidak termasuk insurans, pendaftaran dan cukai jalan. Pilihan warna ada 3 iaitu hitam, perak dan kelabu.

Seperti yang pernah kru kami kongsikan, QJMOTOR SRV 600 V (2025) agak unik kerana inilah model pertama jenama QJMOTOR di Malaysia menggunakan enjin V4.

Ini data teknikal (spesifikasi) yang dijangka digunakan untuk QJMOTOR  SRV 600 V:

  • Enjin 4 strok 4 silinder (susunan V4) 561cc DOHC
  • Sistem penyejukan cecair dan suntikan bahan api (EFI)
  • Kuasa maksimum: 50kW @ 10,500rpm
  • Tork puncak: 54Nm @ 8,000rpm
  • Kotak gear 6 kelajuan klac manual
  • Sistem pacuan tali sawat (belting)
  • Fork USD Marzocchi dan sepasang absober di belakang
  • Tayar depan 130/90 – 16
  • Tayar belakang 180/65 – 16
  • Brek depan cakera berkembar 300mm
  • Brek belakang cakera tunggal 260mm
  • Ada brek ABS depan-belakang
  • Ada sistem cengkaman TCS
  • Soket UBS Type A dan Type C
  • Sistem pencahayaan penuh LED
  • Panjang: 2,280mm
  • Lebar: 830mm
  • Tinggi: 1,115mm
  • Jarak antara roda: 1,580mm
  • Tinggi tempat duduk: 720mm
  • Jarak dari bumi: 140mm
  • Berat kasar: 219kg
  • Tangki minyak 16.5 liter