Model motosikal ketiga jenama BENDA iaitu BENDA Chinchilla 500 sudah dilancarkan ke pasaran Malaysia pada 20 Mac 2025.
Harga badan untuk BENDA Chinchilla 500 ialah RM27,888 dan ini belum masuk insurans, cukai jalan dan kos pendaftaran berkaitan.
Chinchilla 500 nampak anggun dengan bentuk badan retro-moden dan banyak komponen diwarnakan hitam dan diimbangi dengan selitan warna emas atau tembaga.
Bentuk corak pada beberapa komponen seperti lampu depan, tangki minyak dan fender BENDA Chinchilla 500 ini agak menarik dan ada paparan seni.
BENDA ialah jenama motosikal China di bawah KEEWAY Group dan di Malaysia, pihak yang menguruskan semua aspek dan pemasangan motosikal itu ialah MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. (MForce).
Ini data teknikal (spesifikasi) BENDA Chinchilla 500
BENDA Chinchilla 500 | |
---|---|
Enjin | 2 silinder (V-Twin), 8-injap, DOHC |
Kapasiti | 475.6cc |
Kuasa maksimum | 35kW @ 9,000rpm (46.9hp) |
Tork maksimum | 42Nm @ 7,200rpm |
Bore x Stroke | 69mm x 63.6mm |
Nisbah mampatan | 11.5:1 |
Sistem bahan api | EFI |
Sistem penyejukan | Sejukan cecair |
Kotak gear | manual 6 kelajuan klac Slipper |
Suspensi depan | Fork USD |
Suspensi belakang | absorber kembar |
Tayar depan | 150/80 - 16 |
Tayar belakang | 180/65 - 16 |
Brek depan | Cakera 320mm |
Brek belakang | Cakera 260mm |
Panjang | 2,220mm |
Lebar | 890mm |
Tinggi | 1,150mm |
Jarak dari bumi | 170mm |
Jarak roda | 1,550mm |
Tinggi tempat duduk | 705mm |
Tangki minyak | 16 liter |
Berat | 215kg |
Bonus | - Brek ABS depan-belakang - Traction Control (TCS) - Lampu penuh LED - Meter LCD touch screen - Hazard Button (butang lampu kecemasan) - Port USB Type A dan Type C |