Skuter adventure SYM ADXTG400 sudah mencatat jumlah tempahan lebih 3,000 unit semenjak dilancarkan ke pasaran Malaysia pada pertengahan bulan Mei 2025.
Jumlah tempahan yang tinggi untuk suatu model baru tapi bagaimana pula dengan edaran stok skuter adventure ini di pasaran?
Berdasarkan informasi kru kami terima, kiriman pertama SYM ADXTG400 sudah berjaya dilakukan dan kini, bekalan stok kiriman kedua akan diedarkan tidak lama lagi.
Kiriman kedua ini membabitkan lebih 300 unit SYM ADXTG400 untuk bulan Julai 2025 iaitu kenaikan jumlah pengeluaran hampir 3 kali ganda berbanding bulan sebelumnya.
Seperkara yang kami difahamkan, komponen-komponen untuk skuter adventure SYM ADXTG400 ini datang terus dari Taiwan dan bukan ambil dari kilang SYM di China atau Vietnam.
Dengar-dengar penghasilan skuter SYM ADXTG400 ada terkesan sedikit dengan isu gangguan bekalan komponen dari negara luar (Taiwan).
Gangguan bekalan ini berlaku sebab dua isu global yang sedang berlaku iaitu kesan daripada peperangan tariff eksport Amerika Syarikat dan isu perang Iran.
Dua perkara ini dikatakan sudah mula menyebabkan gangguan ke atas kiriman bekalan di peringkat global dan membabitkan macam-macam industri dan bukan hanya motosikal saja.
Isu skuter naik harga sebab stok terhad? Ini mungkin boleh terjadi di Malaysia tapi kru kami dimaklumkan, MForce Bike Holdings (MForce) ada cara untuk mengawal kumpulan pengedar daripada terus meningkatkan harga.
Apa kru kami katakan, MForce ada pasukan pemantau situasi bekalan semasa di pasaran. Cara mereka selesaikan atau cegah kejadian naik harga itu…..itu ada dalam strategi bisnes MForce.


















