Yamaha XMAX 300 Tech MAX rasmi di Malaysia, harga badan RM28,499

Selepas melancarkan supermoped Yamaha Y16ZR-R dan Yamaha XSR155, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mengumumkan satu skuter terbaharu untuk pasaran Malaysia.

Model itu ialah Yamaha XMAX 300 Tech MAX (2026). Sebahagian besar spesifikasi model ini sama seperti XMAX 250 tetapi ada perbezaan terutamanya aspek enjinnya.

Kedatangan model Yamaha XMAX 300 Tech MAX belum bermaksud tawaran XMAX 250 akan ditamatkan (buat masa ini). Model ini dianggap sebagai skuter tambahan untuk pilihan pengguna.

Ada Apa dengan Yamaha XMAX 300 Tech MAX?

Yamaha XMAX 300 Tech MAX dikuasakan enjin satu silinder SOHC 292cc penyejukan cecair yang menghasilkan kuasa maksimum 20.6 kW @ 7,250rpm serta tork 28.9Nm @ 5,750 rpm.

Yamaha XMAX 300 Tech MAX dilengkapi dengan Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) serta Isyarat Henti Kecemasan (ESS).

Seperti XMAX 250, Yamaha XMAX 300 Tech MAX menggunakan meter TFT berwarna 4.2 inci dengan sambungan telefon pintar melalui aplikasi Yamaha Y-Connect serta sokongan navigasi Garmin,.

Sistem kekunci jenis Smart Key.

Transmisi automatik CVT dengan pacuan tali sawat.

Satu warna pilihan Yamaha XMAX 300 Tech MAX iaitu kelabu Crystal Graphite.

Lantai kaki dengan plat kaki aluminium premium.

Ruang simpanan bawah tempat duduk luas boleh memuatkan dua topi keledar (bergantung kepada saiz topi keledar).

Boleh didapati bermula pertengahan bulan ini.

Harga badan yang disyorkan RM28,499 tidak termasuk insuran, cukai jalan dan yuran pendaftaran.

Perbandingan Spesifikasi dengan XMAX 250

Galeri Gambar

Artikel Berkaitan