WMOTO Griffin 205 (2026) rasmi di Malaysia Bike Show – Spesifikasi penuh, Harga RM8,888 dan 4 warna pilihan

WMOTO Griffin 205 (2026) ialah skuter urban sport terbaharu dilancarkan Mforce Bike Holdings sempena Mforce MotoXperience 2026 di Malaysia Bike Show 2026.

Harga WMOTO Griffin 205 (2026)

WMOTO Griffin 205 (2026)

Harga badan WMOTO Griffin 205 (2026) ialah RM8,888 seunit. Harga ini tidak termasuk insurans, cukai jalan dan caj pendaftaran.

Warna WMOTO Griffin 205 (2026)

Skuter WMOTO Griffin 205 didatangkan dengan 4 warna pilihan iaitu Xtreme White (putih), Nitro Red (merah), Glacier Grey (kelabu) dan Action Blue (biru).

Spesifikasi WMOTO Griffin 205 (2026)

  • Enjin 4-lejang jenis silinder tunggal 198.8cc 4-injap dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api (FI).
  • Kuasa dihasilkan 14.5kW @ 8,250rpm
  • Tork dijana 17.4Nm @ 6,250rpm
  • Kotak gear jenis CVT
  • Berat bersih skuter 126kg
  • Tinggi tempat duduk 790mm
  • Panjang 1,970mm
  • Lebar 700mm
  • Tinggi 1,120mm
  • Jarak bumi 100mm
  • Jarak roda 1,380mm
  • Fork teleskopik (depan) jarak travel 75mm
  • Absober berkembar dengan sub-tangki (belakang), jarak travel 60mm
  • Roda depan 14 inci dengan saiz tayar 100/80-14
  • Roda belakang 14 inci dengan saiz tayar 120/70-14
  • Brek cakera depan 230mm, ada ABS
  • Brek cakera belakang 220mm, ada ABS
  • Tangki minyak 11 liter

Laporan Berkaitan

Galeri Gambar WMOTO Griffin 205 (2026)