
Yamaha Tenere 4 Concept.
Ini satu model menarik yang dipertontonkan Yamaha Motor Europe. Cumanya, banyak maklumat penting dirahsiakan mereka buat masa ini.

Apa yang diketahui, Tenere 4 Concept ini masih satu projek yang sedang diusahakan Yamaha dan berpotensi besar diperkenalkan untuk menguatkan barisan produk mereka untuk pengguna.
Mesej diberi Yamaha agak ringkas tapi padat:
“Model ini akan penuhi apa permintaan pelanggan.”
Maklumat juga mendedahkan Yamaha sedang bangunkan model ini untuk penunggang yang ingin jentera lebih ringan, mudah dikendali dan boleh ditunggang dengan lebih yakin ditunggang terutamanya di permukaan jalan mencabar.
Apa yang diketahui ialah model ini akan menggunakan enjin satu silinder yang ditala untuk imbangan prestasi dan tork daripada pusingan enjin rendah hingga peringkat pertengahan.
Selain enjin baharu, casis motosikal ini juga didakwa satu komponen baharu dibangunkan untuk tawaran kualiti tunggangan baik di laluan mencabar dan berturap.
Antara komponen yang jelas kelihatan ialah sistem suspensi berjenama KYB, peredam sistem ekzos titanium Akrapovic, ada penghadang angin dan gard tangan (hand guard), rim jejari saiz 21 inci depan dan 18 inci belakang serta tayar dwi-kegunaan Michelin Anakee Wild.
Jika model ini siap dan masuk pasaran, mungkin Tenere 4 ini akan kongsi liga sama sepertiĀ KTM 390 Adventure R dan Royal Enfield Himalayan 450 ?
Artikel Berkaitan:
- EICMA 2026: Ada apa dengan Yamaha RW350?
- EICMA 2026: Skuter Yamaha RW700 guna enjin 2-silinder, pacuan rantai siap Y-AMT
- EICMA 2026: BENDA Motorcycle bakal pamerkan 9 model baharu di Milan
- EICMA 2026: Moto Guzzi The Trip 500 bakal tampil di Pameran Motor Milan 2026











