EICMA 2026: Honda CBR1000RR-R Fireblade (2027) dapat ‘sentuhan baharu’

Siri superbike Honda CBR1000RR-R Fireblade menerima ‘sentuhan baharu’ untuk tahun 2027, sekali gus membantu meningkatkan daya saingnya di litar lumba.

Untuk edisi 2027, siri Fireblade menerima rekaan semula hampir 75 peratus komponen motosikal sebelum tampil di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2026.

Berdasarkan maklumat, ada tiga model dalam siri Fireblade satu liter untuk 2027 iaitu:

  • Honda CBR1000RR-R Fireblade (Fireblade)
  • Honda CBR1000RR-R Fireblade SP (Fireblade SP)
  • Honda CBR1000RR-R Fireblade HRC Works Edition (HRC Works Edition)

Model HRC Works Edition ini sebenarnya baru diperkenalkan sebagai model homologasi untuk Kejuaraan Superbike Dunia (World Superbike Championship – WSBK).

Model ini dapat komponen tersendiri macam gentian karbon diperkukuh (CFRP) untuk winglet, fairing belakang dan madgad depan serta masih sah digunakan di jalan raya (road legal).

Fork digunakan jenis Ohlins NPX dan monoshock TTX36. Sistem brek Brembo Hypure Sports.

Apa Honda buat untuk siri CBR1000RR-R Fireblade?

  • Frem aluminium jenis tiub berkembar rekaan baharu.
  • Aliran udara masuk ke penapis udara diperbesarkan.
  • Pemegang enjin (hanger) kini jenis pendakap boleh tanggal (bolt on) dan bukan lagi struktur tetuang satu bahagian.
  • Ini membolehkan ketegaran lateral dikurangkan 20 peratus berbanding model terdahulu.
  • Berat frem motosikal dikurang 440gram melalui aplikasi kaedah dan proses tetuang aluminium dinding nipis (thin-wall gravity die casting – GDC).
  • Swingarm aluminium direka semula dengan syaf pivot dikecilkan kepada 17mm berbanding 20mm sebelum ini. Ini menambah baik rasa sentuhan tayar semasa membelok.
  • Semua perubahan dibuat ini tidak menjejaskan ketegaran torsional.
  • Tetapan redaman sistem suspensi ditingkatkan untuk prestasi di trek lumba, membolehkan jentera menyusuri permukaan jalan tidak rata dengan lebih baik.
    • Fireblade: Fork masih SHOWA Big Piston Fork (BPF) dam monoshock SHOWA BFRC-lite
    • Fireblade SP: Sistem suspensi Ohlins dengan fork NXP Smart-EC3.0 dan absober TTX36 Smart-EC3.0.
  • Guna tangki minyak titanium
  • Logo sayap Honda hitam perak di sis tangki minyak
  • Penutup kepala silinder enjin ditukar kepada magnesium berbanding aluminium (berat turun 200gram) untuk model Fireblade SP
  • Enjin sama tapi menggunakan sistem corong kemasukan udara dua peringkat boleh ubah (atas dan bawah)
  • Panjang dan saiz corong berubah ikut kelajuan enjin (rpm)
  • Kalau rpm capai 11,7500rpm, corong bahagian atas akan terangkat dan terpisah dengan corong bawah. Ini akan tambah baik kemasukan udara untuk enjin jana kuasa maksimum untuk semua julat (low-mid rpm dan high rpm)