Euro Griffin 180i ialah Zhineng Griffin di China?

Selepas lancarnya skuter Aveta NOVA 160, viral pula cerita tentang skuter Euro Griffin 180i di Filipina yang dikatakan akan datang ke Malaysia tak lama lagi.

Mungkin betul…mungkin content hanya untuk dapatkan views atau mungkin juga tak akan dibawa masuk ke Malaysia.

Kalau betul akan masuk pasaran Malaysia, Euro Griffin 180i akan bertanding sepentas dengan QJMOTOR AX 200 S.

Euro Griffin 180i dijual pihak Mitsukoshi Motors Philippines Inc. di Filipina pada harga 108,900 peso (lebih kurang RM8,350) dan ada tiga warna iaitu merah-putih, kuning-biru dan kelabu.

Griffin jadi Macan AX 180 di Iran

Zhineng Griffin di China

Skuter ini bukan hanya ada di Filipina tapi ada di China sebagai Zhineng Griffin dan nampak macam akan masuk ke Iran sebagai AX 180.

Bukan itu je, ada lagi model skuter macam Griffin di China dengan nama lain. Tapi..mari kita bandingkan data perincian (spesifikasi) Euro Griffin 180i dan Zhineng Griffin:

Zhineng GriffinEuro Moto Griffin 180i
Enjin1 silinder, SOHC, 4-injap1 silinder, SOHC, 4-injap
Kapasiti180.4cc180.4cc
Kuasa maksimum13.2kW @ 8,250rpm (17.4hp)13.2kW @ 8,250rpm (17.4hp)
Tork maksimum15.7Nm @ 6,500rpm15.7Nm @ 6,500rpm
Bore x Stroke63mm x 57.9mm63mm x 57.9mm
Nisbah mampatan11.7 : 111.7 : 1
Sistem bahan apiEFIEFI
Sistem penyejukanSejukan cecairSejukan cecair
Kotak gearCVT automatikCVT automatik
Suspensi depanFork teleskopik biasaFork teleskopik biasa
Suspensi belakangabsorber kembarabsorber kembar subtangki
Tayar depan100/80 - 14100/80 - 14
Tayar belakang120/70 - 14120/70 - 14
Brek depanCakeraCakera
Brek belakangCakeraCakera
Panjang1,970mm1,970mm
Lebar700mm700mm
Tinggi1,150mm1,150mm
Jarak dari bumi100mm100mm
Jarak roda1,350mm-
Tinggi tempat duduk800mm-
Tangki minyak6.5 liter6.5 liter
Berat124kg115kg
Bonus- ada sistem brek kombi (Combi Braking System)