
Yamaha RW350 ialah model terbaharu yang akan memasuki saingan segmen skuter adventure kelas pertengahan bermula tahun 2027.
Model ini didakwa menetapkan standard baharu dalam kategori itu menerusi tawaran kualiti, daya tahan dan juga aspek rekaan.

Skuter Yamaha RW350 ini menggunakan enjin baharu berkapasiti 330cc dengan teknologi Yamaha Dynamic Ride.
Khabarnya, skuter ini adalah pakej terbaik yang menawarkan kebebasan, keselesaan, praktikal dan prestasi terbaik untuk kegunaan tunggangan harian di bandar dan bermain di laluan tidak berturap.
Ada apa dengan Yamaha RW350?
Empat warna pilihan disediakan iaitu Midnight Black, Arashi Sand, Extreme Yellow dan Sage Blue.
Antara kelebihan skuter Yamaha ini dalam kelas pertengahan ialah model ini didatangkan dengan tiga mode tunggangan YRC iaitu Street, Explorer dan Eco.

Ada Kawalan Jelajah (cruise control)
Sistem kekunci pintar (smart key system).

Lantai letak kaki penunggang boleh dilipat dan ada peg kaki untuk digunakan jika mahu berdiri sambil menunggang (untuk off-road ringan).

Enjin diikat pada frem dan bahagian CVT akan gerak naik atau turun. Berbeza dengan skuter Yamaha lain yang mana keseluruhan trenkuasa bergerak (enjin dan CVT) bertindak macam swingarm.

Ruang simpanan bawah tempat duduk didakwa boleh memuatkan satu topi keledar muka penuh. Tapi ini bergantung kepada saiz dan bentuk helmet.

Lampu signal automatik. Jika tekan lembut, lampu signal akan padam sendiri selepas tiga saat. Kalau tekan lama, lampu signal berkerdip berterusan macam biasa.
Skuter ini juga dilengkapi Sistem Brek Kecemasan (ESS) yang akan mengaktifkan nyalaan semua lampu signal jika membrek secara mengejut.
Meter digunakan jenis TFT berwarna 5 inci dan boleh disambung dengan telefon pintar melalui aplikasi Yamaha MyRide. Boleh jawab panggilan telefon, baca mesej dan kawalan muzik semasa menunggang.
Boleh juga memaparkan navigasi juga telefon bersambung dengan aplikasi Garmin StreetCross dengan tiga jenis paparan macam Yamaha XMAX 300 Tech Max.
Spesifikasi Yamaha RW350
| Yamaha RW350 | |
|---|---|
| Enjin | 1 silinder 4-injap, SOHC |
| Kapasiti | 327cc |
| Kuasa maksimum | 21.5kW @ 7,000rpm (29.2hp) |
| Tork maksimum | 31.5Nm @ 5,750rpm |
| Bore x Stroke | 74mm × 75.9mm |
| Nisbah mampatan | 10.9:1 |
| Sistem bahan api | EFI |
| Sistem penyejukan | Sejukan cecair |
| Kotak gear | CVT automatik pacuan tali sawat |
| Suspensi depan | Fork USD 37mm, jarak travel 140mm |
| Suspensi belakang | absorber kembar boleh laras 7 tahap, jarak travel 105mm |
| Tayar depan | 120/70 - 16 |
| Tayar belakang | 150/70 - 14 |
| Brek depan | Cakera 282mm |
| Brek belakang | Cakera 245mm |
| Panjang | 2,170mm |
| Lebar | 815mm |
| Tinggi | 1,310mm |
| Jarak dari bumi | 185mm |
| Jarak roda | 1,540mm |
| Tinggi tempat duduk | 810mm |
| Tangki minyak | 13 liter |
| Berat | 192kg |
Artikel Berkaitan:
- EICMA 2026: Skuter Yamaha RW700 guna enjin 2-silinder, pacuan rantai siap Y-AMT
- EICMA 2026: Yamaha Tenere 4 Concept bakal tiba, guna enjin satu silinder
- EICMA 2026: BENDA Motorcycle bakal pamerkan 9 model baharu di Milan
- EICMA 2026: Moto Guzzi The Trip 500 bakal tampil di Pameran Motor Milan 2026
Galeri Gambar Yamaha RW350




















