EICMA 2026: Suzuki SV-7S (2027) teruskan legasi SV650?

Tahun lepas mereka memperkenalkan model crossover SV-7GX di Pameran Motosikal Milan (EICMA). Tahun ini, Suzuki memilih lokasi sama untuk debut rasmi Suzuki SV-7S (2027) iaitu versi naked bike.

Suzuki SV-7S ini dilihat sebagai model pengganti Suzuki SV650 selepas tawaran jentera ikonik Suzuki itu dihentikan antara tahun 2025-2026 mengikut negara.

SV650 ini bukannya meninggalkan pasaran sepenuhnya tetapi macam berehat sebentar sebelum muncul balik sebagai Suzuki SV-7S dengan pakej termaju dan wajah lebih moden.

Perincian Suzuki SV-7S

Jadi, ada apa dengan Suzuki SV-7S edisi 2027? Di bawah ini, kami kongsikan apa yang diketahui tentang model naked kelas pertengahan ini:

  • SV-7S direka untuk tunggangan versatil termasuk penggunaan dalam kawasan bandar, lebuh raya dan juga di trek (track day).
  • Lampu depan mengekakan bentuk bulat macam SV650. Namun, sistem pencahayaan SV-7S adalah LED sepenuhnya.
  • Meter 4.2 inci TFT berwarna penuh yang boleh disambungkan dengan sambungan Bluetooth telefon pintar dan aplikasi Suzuki Ride Connect+.
  • Ada paparan navigasi jenis tunjuk arah-ke-arah (turn-by-turn). Panggilan masuk, mesej dan beberapa lagi fungsi lain.
  • Enjin jenis V-Twin 645cc DOHC dikatakan menawarkan julat kuasa bersesuaian untuk semua peringkat rev enjin. Menggunakan dua palam pencucuh iridium.
  • Penapis kotak udara diletakkan di bawah tangki minyak. Ini memberi ruang dan membolehkan tempat duduk direka lebih rendah.

Warna Pilihan

Ada tiga warna pilihan disediakan untuk Suzuki SV-7S iaitu:

  • Pearl Suzuki Deep Blue (biru) dengan frem perak dan rim biru
  • Glass Sparkle Black (hitam) dengan frem kelabu gelap dan rim hitam
  • Mat Sword Silver dan Glass Sparkle Black (hitam dan perak) dengan frem perak dan rim biru

Pakej bantuan Suzuki Intelligent Ride System (S.I.R.S.)

Model Suzuki SV-7S juga menerima pakej bantuan dan keselamatan tunggangan S.I.R.S yang merangkumi enam sistem utama iaitu:

Suzuki Drive Mode Selector (SDMS)

  • Membolehkan penunggang memilih tiga mod kuasa enjin  sama ada A, B atau C mengikut gaya tunggangan dan keadaan jalan.
  • Mode A: Respons throttle lebih pantas dan agresif untuk prestasi tunggangan lebih sporty.
  • Mode B: Menawarkan keseimbangan antara respons throttle dan kestabilan secara menyeluruh. Sesuai untuk kegunaan harian dan pelbagai keadaan jalan.
  • Mode C: Hantaran kuasa lebih lembut, tork kurang agresif dan output kuasa yang dihadkan untuk anda dapat kawalan lebih baik untuk memudahkan kendalian jentera.

Electronic Throttle Control

  • Sistem throttle elektronik (ride-by-wire) yang mengawal hubungan antara bukaan pendikit minyak (throttle) dengan output kuasa enjin.

Suzuki Easy Start System

  • Enjin dihidupkan dengan satu tekanan butang. Tak perlu tarik klac untuk hidupkan (syarat gear dalam neutral).

Low RPM Assist

  • Bantu kekalkan putaran enjin ketika mula bergerak atau menunggang pada kelajuan rendah untuk kurangkan risiko enjin mati.

Suzuki Traction Control System (STCS)

  • Kawal gelinciran roda belakang melalui tiga tahap tetapan serta ada pilihan untuk nyah aktif sistem ini.

Bi-Directional Quick Shift System

  • Boleh tukar gear sama ada naik atau turun tanpa perlu tarik klac tangan. Sistem akan buat blipping automatik semasa menurunkan gear.

Spesifikasi Suzuki SV650 

Suzuki SV-7S
Enjin2 silinder V-Twin, DOHC 90º 4-injap
Kapasiti645cc
Kuasa maksimum54kW @ 8,500rpm
(72.4hp)
Tork maksimum64Nm @ 6,800rpm
Bore x Stroke81mm × 62.6mm
Nisbah mampatan11.2 : 1
Sistem bahan apiEFI
Sistem penyejukanSejukan cecair
Kotak gearmanual 6 kelajuan
Suspensi depanFork teleskopik 41mm, jarak travel 125mm
Suspensi belakangMonoshock boleh laras prabeban 7-tahap, jarak travel 129mm
Tayar depan120/70 - 17
Tayar belakang160/60 - 17
Brek depanCakera berkembar 290mm jenis floating, kaliper 4-piston, ada ABS
Brek belakangCakera tunggal 240mm, kaliper 1 piston, ada ABS
Panjang2,115mm
Lebar785mm
Tinggi1,090mm
Jarak dari bumi135mm
Jarak roda1,445mm
Tinggi tempat duduk785mm
Tangki minyak14 liter
Berat200kg