
Yamaha YZF-R9 akan mula berada di pasaran Malaysia dengan pilihan warna biru Icon Blue bermula Januari 2027 dan harga badannya bermula serendah RM68,000.
Pengumuman ini dibuat sempena perasmian bilik pameran Blu Nexus terbaharu Hong Leong Yamaha Motor di kompleks mereka di Sungai Buloh, Selangor.

Kami ada ceritakan tentang kedatangan R9 sebelum ini namun, untuk pelanggan Malaysia, warna pilihan dihadkan kepada warna biru sahaja.
Antara ciri menarik R9 ialah motosikal ini menggunakan frem Deltabox aluminium seberat 9.7kg, posisi tunggangan lebih mudah disesuaikan ikut keselesaan penunggang, kaliper brek monoblok Brembo Stylema untuk roda depan, suspensi KYB boleh laras sepenuhnya dan winglet.
Ciri teknologi membabitkan Sistem IMU 6-paksi yang membolehkan fungsi kawalan cengkaman, kawalan gelinciran, kawalan terangkat roda depan dan kawalan brek. Ada juga aplikasi Y-TRAC Rev.
Di bawah ini ialah spesifikasi Yamaha R9:
| Yamaha YZF-R9 | |
|---|---|
| Enjin | 3 silinder sebaris, DOHC 12-injap (4 setiap silinder) |
| Kapasiti | 890cc |
| Kuasa maksimum | 87.5W @ 10,000rpm (119hp) |
| Tork maksimum | 93Nm @ 7,000rpm |
| Bore x Stroke | 78mm x 62.1mm |
| Nisbah mampatan | 11.5 : 1 |
| Sistem bahan api | EFI |
| Sistem penyejukan | Sejukan cecair |
| Kotak gear | 6 kelajuan manual |
| Suspensi depan | Fork terbalik (USD) 43mm Kayaba, jarak travel 120mm |
| Suspensi belakang | monoshock, jarak travel 118mm |
| Tayar depan | 120/70 - 17 |
| Tayar belakang | 180/55 - 17 |
| Brek depan | Cakera berkembar 320mm |
| Brek belakang | Cakera tunggal 220mm |
| Panjang | 2,070mm |
| Lebar | 705mm |
| Tinggi | 1,180mm |
| Jarak dari bumi | 140mm |
| Jarak roda | 1,420mm |
| Tinggi tempat duduk | 830mm |
| Tangki minyak | 14 liter |
| Berat kasar | 195kg |






















