EICMA 2026: BENDA Motorcycle tampilkan Capra 700, teroka segmen motosikal adventure?

BENDA Motorcycle menarik perhatian apabila mempertontonkan motosikal adventure pertama mereka iaitu Capra 700 di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2026.

Ini menandakan langkah pertama BENDA Motorcycle melangkah ke segmen adventure. Sebelum ini, mereka lebih terkenal dengan pengeluar motosikal cruiser dan ATV.

BENDA Capra 700 ini direka untuk pengguna di Eropah dan motosikal ini didakwa lebih mengutamakan prestasi dan kegunaan di jalan raya sama ada tunggangan harian atau kembara jarak jauh.

Nama Capra diambil daripada nama genus Latin bagi ibex, iaitu sejenis kambing gunung liar.

Antara ciri menaik pada motosikal ini ialah:

  • Reka bentuk lampu DRL dan lampu kabus unik.
  • Sistem ekzos berkembar yang diposisikan tinggi.
  • Ada bar rempuh yang diintegrasi dengan rekaan motosikal.
  • Ada rak utiliti disediakan.

Spesifikasi

  • Enjin kapasiti 691.66cc jenis V-Twin 65ยบ DOHC dengan output 54kW pada 9,000rpm dan tork 68Nm pada 6,500rpm.
  • Dilengkapi sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api.
  • Kuasa enjin 54kW (73.4hp) pada 9,000rpm.
  • Tork 68Nm pada 6,500rpm.
  • Nisbah mampatan 11.5:1
  • Kotak gear manual 6-kelajuan
  • Casis membabitkan frem keluli tahan karat dengan swingarm aluminium.
  • Brek cakera tunggal depan Brembo dengan kaliper 4-piston, brek cakera belakang juga Brembo tunggal kaliper 2-piston.
  • Ada dua saluran Sistem ABS dan Kawalan Cengkaman (TCS).
  • Rim jenis jejari saiz 21 inci roda depan dengan tayar 90/90, rim belakang 18 inci tayar 150/70.
  • Fork terbalik (USD) boleh laras mampatan dan redaman, jarak travel 230mm.
  • Monoshock belakang boleh laras mampatan dan redaman. jarak travel 220mm.
  • Dimensi panjang 2,306mm, lebar 1,050mm dan tinggi 1,397mm.
  • Jarak roda 1,599mm.
  • Tinggi pelana 850mm.
  • Berat kasar 220kg.
  • Tangki minyak 18 liter.
  • Meter TFT diposisikan secara menegak.

Galeri Gambar BENDA Capra 700