Euro Griffin 180i, QJMOTOR AX200S, NEXY+ 180i, Cyclone RT3E, VOGE SR250GT, VOGE SR4Max hadiri Scooterian Mega Gathering 3.0 (SMG)

Informasi terbaru kami terima ialah semasa berlangsungnya Malaysia Autoshow 2025 di Selangor… ada suatu perkembangan menarik berlaku di Terengganu.

Di acara Scooterian Mega Gathering 3.0 (SMG), ada enam model skuter baru muncul di situ dan cetus kejutan. SMG ini berlangsung di Litar Permotoran Gong Badak, Terengganu.

Enam model ini ialah skuter ‘Ariffin’ (Euro Griffin 180i), QJMOTOR AX200S, NEXY+ 180i, Cyclone RT3E dan dua model skuter jenama VOGE iaitu SR250GT dan SR4Max.

Informasi mengatakan semua model dari MForce Bike Holdings (MForce) sedang melakukan ujian endurance tapi singgah sebentar di hadapan booth MForce di situ.

Untung siapa dapat tengok dekat-dekat.  Semua model ini akan mula dilancarkan tahun ini antara suku ketiga (Q3), suku keempat (Q4) sehingga awal tahun 2026 (Q1).