Zonsen juga buat skuter Griffin 180i….Ada potensi masuk Malaysia?

Pernah kecoh kejap tentang Griffin 180i ini selepas skuter ini dilancarkan di Filipina pada awal tahun ini.

Kami dapat tiga gambar skuter Griffin 180i ini tapi ini adalah dari kilang Zonsen di China. Selain gambar, maklumat yang kami dapat juga mengatakan Zonsen juga membuat enjin untuk skuter Griffin 180i ini.

Kalau di Malaysia, motosikal dan skuter Zonsen ini dibawa ke Malaysia menerusi pihak MForce Bike Holdings (MForce). Tapi kami tak pasti sama ada Griffin 180i dari Zonsen ini akan dibawa ke Malaysia nanti.

Mungkin ya dan jika betul, besar kemungkinan akan duduk bawah label Cyclone atau WMOTO. Mungkin juga tidak kalau skuter ini nampak macam kurang berpotensi untuk Malaysia.

Orang Malaysia memang tunggu ke skuter Griffin 180i ini masuk? Kalau ramai minat, besar kemungkinan skuter ini bolah diperkenalkan nanti. Apa pandangan anda semua?