
Morbidelli C252V (2026) ialah model cruiser kedua dibawa masuk pasaran Malaysia selepas Morbidelli C1002V oleh Mforce Bike Holdings (Mforce).
Cruiser suku liter itu, Morbidelli C252V diperkenalkan kepada umum pada acara Mforce MotoXperience 2026 yang berlangsung sempena Malaysia Bike Show 2026 di MAEPS Serdang.
Harga Morbidelli C252V (2026)

Harga badan Morbidelli C252V (2026) ialah RM16,988 seunit. Harga ini tidak termasuk insurans, cukai jalan dan caj pendaftaran.
Warna Morbidelli C252V (2026)
Morbidelli C252V didatangkan dengan tiga warna pilihan iaitu Moss Green (hijau), Urban Silver (perak) dan Bulk Black (hitam).
Spesifikasi Morbidelli C252V (2026)
- Enjin 4 lejang V-Twin (2 silinder) 249cc SOHC 8-injap dengan sistem penyejukan cecair dan suntikan bahan api
- Output kuasa 25.5hp @ 9,000rpm, daya tork puncak pula 25Nm @ 5,500rpm
- Nisbah mampatan 11.8 : 1
- Kotak gear manual 6-kelajuan dengan klac slipper (slipper clutch), pacuan tali sawat
- Fork jenis terbalik (USD) 37mm dengan jarak travel 115mm
- Absober berkembar dengan jarak travel 52mm di belakang, boleh laras pra-beban
- Brek depan jenis cakera tunggal 320mm kaliper 4-piston
- Brek belakang jenis cakera tunggal 260mm kaliper 2-piston
- Tayar depan: 130/90-16
- Tayar belakang: 150/80-16
- Tinggi tempat duduk 690mm
- Berat kasar 200kg
- Tangki minyak sebesar 15.5 liter
- Jarak roda 1,490mm
- Panjang 2,230mm
- Lebar 865mm
- Tinggi 1,090mm
- Jarak lega bumi 173mm
- Ada teknologi keselamatan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) depan belakang
- Ada Sistem Kawalan Cengkaman (TCS)
- Meter LCD dengan petunjuk gear
- Ada soket USB
Laporan Berkaitan



















