Ini satu kejutan baru… EURO Griffin 180i sudah dikesan dan nampaknya skuter itu sedang menjalani ujian endurance di sebuah negeri di Malaysia.
Krew kami merakam gambar spyshot yang menunjukkan skuter biru kuning itu sedang diuji dan sempat berhenti seketika untuk mengisi semula petrol.
Sebelum ini… kami ada terdengar tentang kemungkinan skuter Griffin 180i akan diperkenalkan kepada pembeli Malaysia. Tapi masa itu, informasi yang diterima masih tidak begitu kukuh.
Nampaknya…Griffin 180i sedang menunggu masa untuk masuk ke kedai-kedai pengedar. Informasi kami dapat… pelancarannya dijangka dalam bulan September 2025. Tak lama lagi, ada lima bulan kalau semua berjalan lancar.
Informasi diterima mengatakan Griffin 180i di Malaysia adalah sama spesifikasinya dengan model yang dilancarkan di Filipina. Serba moden dan menawan, sengit sungguh saingan skuter kelas 150 hingga 200cc dengan ketibaan Griffin 180i nanti.
Siapa yang akan lancar model ini? Jawapannya…MForce Bike Holdings (MForce) dan kami merasakan harga badan yang akan diumumkan nanti pasti lebih menguntungkan pengguna Malaysia.
Sebabnya…MForce sudah cukup dikenali dengan sifat suka memperkenalkan model-model menarik dengan harga yang lebih mampu milik untuk membolehkan lebih ramai peminat mendapatkan motosikal atau skuter idaman mereka.
Belum ada maklumat spesifikasi di Malaysia tapi ini data perincian Euro Griffin 180i di Filipina:
Euro Moto Griffin 180i | |
---|---|
Enjin | 1 silinder, SOHC, 4-injap |
Kapasiti | 180.4cc |
Kuasa maksimum | 13.2kW @ 8,250rpm (17.4hp) |
Tork maksimum | 15.7Nm @ 6,500rpm |
Bore x Stroke | 63mm x 57.9mm |
Nisbah mampatan | 11.7 : 1 |
Sistem bahan api | EFI |
Sistem penyejukan | Sejukan cecair |
Kotak gear | CVT automatik |
Suspensi depan | Fork teleskopik biasa |
Suspensi belakang | absorber kembar subtangki |
Tayar depan | 100/80 - 14 |
Tayar belakang | 120/70 - 14 |
Brek depan | Cakera |
Brek belakang | Cakera |
Panjang | 1,970mm |
Lebar | 700mm |
Tinggi | 1,150mm |
Jarak dari bumi | 100mm |
Jarak roda | 1,350mm |
Tinggi tempat duduk | 800mm |
Tangki minyak | 6.5 liter |
Berat | 115kg - 124kg |
Bonus | - ada sistem brek kombi (Combi Braking System) |