EICMA 2026: Skuter Yamaha RW700 guna enjin 2-silinder, pacuan rantai siap Y-AMT

Selain model RW350, Yamaha Motor Europe juga mendedahkan model skuter adventure yang cukup menarik iaitu siri RW700. Ini nampak macam nak bersaing dengan Honda X-ADV 750.

Skuter adventure Yamaha ini didatangkan dengan dua versi iaitu Yamaha RW700 dan Yamaha RW700 Explore. Bezanya melibatkan beberapa ciri.

RW hasil kacukan 2 model lain?

Siri Yamaha RW700 ini nampak seperti produk hasil gabungan Yamaha Tenere 700 dan skuter premium sport TMAX. Dua produk yang turut bantu melonjakkan nama Yamaha.

Skuter Yamaha RW700 menggunakan enjin CP2 sama seperti model MT-07 atau Tenere 700 dan dipadankan dengan sistem transmisi Y-AMT (Yamaha Automated Manual Transmission).

Dengan adanya transmisi ini, penukaran gear boleh dibuat secara manual dengan jari atau secara automatik. Inilah skuter pertama Yamaha dengan ciri penukaran gear Y-AMT (6-kelajuan).

Ya, sistem pacuan akhir ialah jenis rantai.

Khabarnya, inilah skuter adventure paling berkuasa dan paling berprestasi di dunia. Mungkin dalam segmen tersendiri buat masa ini….

Sebabnya, output kuasa maksimum didakwa 51kW (69.3PS atau 68.4hp). Berat kasar pula 221kg.

Apa maksud RW?

Belum ada penjelasan rasmi apa sebenarnya maksud RW tetapi ada laporan menyatakan RW mendukung maksud prestasi dunia sebenar atau Real-World Performance.

Dan siri RW700 ini pula didakwa adalah satu produk crossover skuter dan motosikal sebenar (atau tulen) yang berjaya mengimbangi aspek prestasi, dunia adventure dan keperluan kegunaan harian.

Beza RW700 standard dan RW700 Explore

Beza dua varian ini membabitkan sistem suspensi dan kemudahan untuk keperluan penunggang skuter adventure.

Yamaha RW700 Explore menerima fork depan boleh laras prabeban dan redaman lantunan 11 tahap. Ada pemanas tangan dengan 10 tahap pelarasan, pemanas tempat duduk dan tongkat tengah.

Ciri menarik Yamaha RW700

  • Sistem lampu utama 4 projektor LED
  • Ada penghadang angin besar
  • Lantai letak kaki boleh lipat
  • Ada pemijak kaki boleh laras 4 kedudukan
  • Ruang simpanan bawah tempat duduk
  • Dua kumpulan mode tetapan iaitu Road dan Gravel.
    • Road ada tiga tetapan didalamnya iaitu Street, Eco dan Sport
    • Gravel ada dua tetapan iaitu Explore dan Explore+ (boleh kustom)
  • Tayar Pirelli Scorpion Rally STR (tubeless) 120/70-17 (depan) dan 160/60-15 (belakang)
  • Ada 6-paksi IMU (six-axis IMU) dan Yamaha Ride Control (YRC) untuk selaras keperluan tetapan tunggangan atas jalan dan off-road
  • Bantuan kawalan tunggangan seperti Kawalan Cengkaman (TCS), Sistem Kawalan Gelinciran (Slide Control System) dan Sistem Kawalan Brek (Brake Control System)
  • Lampu signal padam automatik macam RW350
  • Ruang simpanan untuk helmet full face (bergantung kepada jenis dan jenama)
  • Sistem ABS depan-belakang. Boleh padamkan ABS belakang ketika mode Gravel
  • Plet pelindung aluminium bawah casis
  • Tempat duduk dan grip pemegang hendal ada fungsi pemanas, boleh laras 10 tahap kepanasan
  • Meter TFT 5 inci berwarna

Warna pilihan

  • RW700: Sage Blue dan Power Grey
  • RW700 Explore: Forest Green dan Midnight Black

Spesifikasi

Yamaha RW700
Enjin2 silinder sebaris 4-injap (setiap silinder), DOHC
Kapasiti689cc
Kuasa maksimum51kW @ 8,250rpm
(68.4hp)
Tork maksimum65Nm @ 6,500-6,750rpm
Bore x Stroke80mm × 68.6mm
Nisbah mampatan11.5 :1
Sistem bahan apiEFI
Sistem penyejukanSejukan cecair
Kotak gear6-kelajuan Yamaha AMT
Suspensi depanFork USD 41mm, jarak travel 160mm
Suspensi belakangabsorber monoshock, jarak travel 155mm
Tayar depan120/70 - 17
Tayar belakang160/60 - 15
Brek depanCakera berkembar 298mm
Brek belakangCakera tunggal 267mm
Panjang2,255mm
Lebar940mm
Tinggi1,415mm
Jarak dari bumi170mm
Jarak roda1,585mm
Tinggi tempat duduk810mm
Tangki minyak14 liter
Berat221kg

Artikel Berkaitan: