
‘Ariffin’ akan muncul tidak lama lagi.
Kami sempat melihat dan menunggang sekejap skuter itu di ibu pejabat Mforce Bike Holding di Pulau Pinang pada Sabtu lalu.
‘Ariffin’ atau nama sebenar skuter ini ialah Griffin. Di Malaysia, nama model ini ialah Griffin Pro.
Pada dada depan skuter ini, ada logo WMOTO dan nampaknya Griffin Pro akan sertai keluarga WMOTO Malaysia nanti.
Griffin Ubah Pasaran?
Kami merasakan Griffin Pro ini akan membawa ‘kesulitan’ kepada model skuter sporty lain kelas 150cc hingga 200cc, terutamanya barisan model berjenama Jepun.
Malah model ini juga akan bawa saingan baru dalam segmen skuter 175cc-200cc Malaysia yang didiami beberapa model termasuk Aveta NOVA 200 dan QJMOTO AX200S… mungkin juga Aveta Viper 180? dan Keeway BX200i yang akan tiba nanti.
Griffin Malaysia Lain Sikit
Kami ada melaporkan mengenai skuter Griffin 180i berwarna biru kuning yang pernah dikesan sedang menjalani ujian endurance.
Pada ketika itu, Griffin itu nampak sama seperti model yang dijual Filipina dengan nama Euro Griffin 180i, Macan AX 180 di Iran dan Zhineng Griffin di China.
Griffin Pro untuk pengguna Malaysia berbeza dengan model Griffin lain di pasaran luar. Ini kerana Mforce sudah membuat beberapa perubahan fizikal.
Pertamanya, kapasiti enjin sudah tingkatkan ke kelas 200cc. Kedua, ada tambahan sepasang winglet depan dan belakang.
Ketiga, lampu signal capang disatukan dengan lampu brek belakang. Ini sudah tentu satu ciri yang disukai ramai pengguna tempatan.
Griffin Enjin 200cc
Sumber kami memberitahu, Griffin tidak lagi menggunakan enjin berkapasiti 180cc. Enjin Griffin Pro ini menggunakan enjin daripada pihak Jin Lang iaitu pihak sama yang menghasilkan skuter jenama ARIIC.
Ini bukan maklumat rasmi dari pihak Mforce tapi kami merasakan enjin satu silinder digunakan Griffin Pro berkapasiti 198.8cc dan mampu menawarkan kuasa sehingga 19.5hp dan tork 17.5Nm.
Tapi itu hanya pandangan kami. Maklumat rasmi mengenai spesifikasinya akan diumumkan kelak.
Artikel Berkaitan
- ‘Ariffin’ (Euro Griffin 180i) muncul di Scooterian Mega Gathering 3.0 (SMG) Terengganu
- Euro Griffin 180i, QJMOTOR AX200S, NEXY+ 180i, Cyclone RT3E, VOGE SR250GT, VOGE SR4Max hadiri Scooterian Mega Gathering 3.0 (SMG)
- EURO Griffin 180i sudah masuk Malaysia, lancar September 2025?
- Zonsen juga buat skuter Griffin 180i;.Ada potensi masuk Malaysia?
- Euro Griffin 180i ialah Zhineng Griffin di China?




























