ARIIC 318GT-S (2026): Skuter dengan kapasiti enjin lebih besar, suspensi baharu tapi harga kekal?

Skuter ARIIC 318GT dapat enjin lebih berkuasa?

Ya, memang benar dan skuter yang dimaksudkan ialah ARIIC 318GT-S (2026) iaitu satu varian baharu dalam keluarga 318GT di China.

Semakan mendapati varian terbaharu ARIIC 318GT-S sudah ditingkatkan kapasiti enjin dan mendapat sistem suspensi baharu. Menariknya, harganya masih sama seperti model 318GT.

Apa yang berubah?

ARIIC 318GT-S (2026) dipacu enjin dipertingkat dengan rekaan semula gerek (bore), lejang (stroke), saiz piston dibesarkan dan beberapa perubahan lain.

Perubahan struktur dalaman ini mengubah hasil output berbanding enjin lama. Kapasiti enjin 318GT-S ialah 369cc iaitu lebih 39cc berbanding ARIIC 318GT (330cc).

Kedua-dua varian ini menggunakan enjin satu silinder SOHC 4-injap dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api.

Ini perbezaan perincian enjin 318GT-S dan 318GT:

Perubahan ini memberi ARIIC 318GT-S response kuasa lebih aktif semasa kelajuan rendah dan memudahkan lagi usaha memintas kenderaan lain.

Selain enjin, 318GT-S mendapat sistem absober belakang baharu dengan sub-tangki (subtank) yang dikatakan meningkatkan lagi aspek keselesaan tunggangan dan pengendalian.

Warna ARIIC 318GT-S

ARIIC 318GT-S ditawarkan dengan tiga warna pilihan di China iaitu serba hitam, coklat hitam dan kombinasi merah, putih serta hijau.

Harga

ARIIC 318GT-S ditawarkan dengan harga disyorkan sama seperti ARIIC 318GT iaitu sebanyak 25,980 yuan di China (anggaran RM15,632).

Perincian

ARIIC 318GT-S nampaknya sama seperti varian ARIIC 318GT. Ini termasuk jenis meter TFT, sistem pencahayaan LED penuh, penghadang angin boleh laras secara elektrik, grip pemanas, sistem kemasukan tanpa kunci, Sistem TPMS, Kawalan Cengkaman (TCS) dan brek ABS depan-belakang.

Spesifikasi

  • Dimensi panjang 2,215mm, lebar 780mm dan tinggi 1,395mm
  • Jarak roda 1,550mm
  • Berat kasar 208kg
  • Brek cakera berkembar untuk roda depan, cakera tunggal di belakang
  • Tayar depan 120/70-14, tayar belakang 150/70-13
  • Tangki minyak 16 liter
  • Sistem transmisi CVT automatik dengan pacuan tali sawat

Artikel Berkaitan