
Aprilia RS 457 sudah diperkenalkan di Malaysia sejak dua tahun lalu iaitu beberapa hari sebelum penganjuran MotoGP Malaysia 2024.
Setahun kemudian, Aprilia mempertontonkan varian baharu yang dipanggil Aprilia RS 457 GP Replica di pentas Pameran Motor Milan (EICMA) 2025.

Ini bukan model yang salin warna dan tukar grafik badan. Aprilia melakukan lebih daripada itu dengan meningkatkan ciri untuk bakal pembeli.
Aprilia RS 457 GP Replica dapat empat ciri tambahan yang didatangkan sebagai komponen standard berbanding RS 457. Ini termasuk:
- Penutup tempat duduk pembonceng
- Skim warna hitam badan inspirasi Aprilia RS-GP termasuk swingarm dan frem hitam
- QuickShifter dua hala (atas bawah)
- Pad brek berprestasi untuk roda depan

Spesifikasi Aprilia RS 457 GP Replica
- Enjin dua-silinder sebaris 457cc DOHC 4-injap setiap silinder dengan penyejukan cecair dan suntikan bahan api (FI)
- Kuasa 47.6hp @ 9,400rpm
- Tork 43.5Nm @ 6,700rpm
- Kotak gear manual 6 kelajuan dengan teknologi klac antigelincir dan Quickshifter atas bawah
- Fork depan terbalik (USD) 41mm boleh laras prabeban, jarak travel 120mm
- Monoshock belakang boleh laras prabeban, jarak travel 130mm
- Rim aloi 17 inci dengan tayar 110/70 (depan) dan 150/60 (belakang)
- Brek depan jenis cakera tunggal 320mm kaliper 4-piston ByBre
- Brek belakang cakera tunggal 220mm kaliper ByBre satu piston
- Ada Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Bosch dua saluran dan Kawalan Cengkaman (TCS)
- Panel meter digital TFT berwarna 5-inci.
- Mod tunggang Eco, Rain dan Sport
- Sistem pencahayaan LED
- Tinggi pelana 800mm
- Tangki minyak 13 liter
- Berat kasar 175kg










