
MForce Bike Holdings (MForce) memperkenalkan jenama ARIIC ke pasaran Malaysia pada minggu terakhir bulan April 2025.
Pada waktu itu, model sulung ditawarkan kepada pengguna tempatan ialah ARIIC 318 GT dengan anggaran harga badan RM13,888.
Tujuh bulan sudah berlalu dan pilihan produk ARIIC nampaknya akan diluaskan dengan tawaran dua model skuter baharu iaitu ARIIC TOUCH 250 dan ARIIC GOBI 250.

Kru kami sudah menyaksikan dan menyertai sesi tunggang uji ringkas membabitkan dua model ini semasa lawatan ke Ibu Pejabat ARIIC di China baru-baru ini.
ARIIC TOUCH 250 dan ARIIC GOBI 250 dijangka membuat kemunculan di Malaysia pada bulan Mei depan sempena MForce Motorshow 2026.
ARIIC TOUCH 250

Artikel ini akan tertumpu kepada model ARIIC TOUCH 250 manakala cerita tentang ARIIC GOBI 250 akan dikongsi selepas ini di laman: Laporan ARIIC GOBI 250.
ARIIC TOUCH 250 akan ditawarkan ke pasaran Malaysia dengan anggaran harga badan serendah RM13,888 seunit.
Harga ini tidak termasuk insurans, cukai jalan dan kos pendaftaran berkaitan menerusi rangkaian pengedar sah MForce.
PERINCIAN ARIIC TOUCH 250

- Dikelaskan sebagai skuter maxi, menawarkan keselesaan dan bersifat praktikal untuk kegunaan harian dan aktiviti kembara jarak dekat.

- Enjin digunakan jenis silinder tunggal 249cc dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api (FI).
- Kuasa maksimum 22.5hp (16.5kW) @ 8,000rpm
- Tork maksimum 23.5Nm @ 5,000 rpm
- Sistem transmisi CVT automatik

- Sistem pencahayaan LED penuh
- Menggunakan sistem kemasukan pintar tanpa kunci (smart keyless)
- Cermin sisi memberi keluasan pandangan 20 peratus lebih luas untuk mengurangkan masalah Titik Buta (blind spot)
- Ada soket USB Type-C

- Ada kamera perakam (dashcam) di bahagian hadapan
- Meter TFT berwarna sebesar 6.75 inci dan menyokong fungsi mirroring navigasi menggunakan sambungan Bluetooth
- Komponen badan penting diperbuat daripada material anti-calar
- Ruang simpanan bawah pelana boleh dikembangkan
- Penghadang angin boleh laras dengan menekan butang
- Fork teleskopik biasa dan set absober berkembar belakang masing-masing menawarkan jarak travel 80mm

- Sistem brek cakera tunggal depan 260mm dan belakang (220mm), ada Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran
- Dilengkapi ciri Kawalan Cengkaman (Traction Control)
- Ada plet pelindung bawah enjin
- Purata penggunaan petrol 2.9 liter setiap 100km
- Tangki minyak 11 liter
- Tayar depan 120/70 – 14
- Tayar belakang 130/70 – 13
- Panjang 1,960mm
- Lebar 780mm
- Tinggi 1,335mm
- Jarak antara roda 1,310mm
- Tinggi tempat duduk 760mm
- Berat kasar 147kg









































