
Selain melancarkan Gobi 250 dan Touch 250 di Mforce MotoXperience 2026, ARIIC Malaysia juga ada mempertontonkan satu model skuter iaitu XWAY 200.
XWAY 200 merupakan model akan datang (future model) dan berpotensi menjadi skuter dengan kapasiti paling kecil dalam keluarga ARIIC.

Satu perkara menarik tentang ARIIC menggunakan enjin buatan syarikat induk mereka dan bukannya menggunakan enjin yang dibekalkan pihak lain.
Adakah pendekatan ini bersifat kurang ekonomik? Tidak, kerana syarikat Jinlang (pemilik jenama ARIIC) adalah pembekal enjin kepada pihak lain dan berada dalam bisnes ini hampir 3 dekad.
Ada apa dengan ARIIC XWAY 200?
Selain enjin, sumber kami menjelaskan ARIIC XWAY 200 akan dilengkapi sejumlah ciri moden, antaranya:
- Instrumen meter 7 inci berwarna dan menggunakan sistem kemasukan tanpa kunci (keyless).
- Sistem brek cakera tunggal depan dan belakang, lengkap dengan Sistem ABS 2-saluran dan ciri Kawalan Cengkaman (Traction Control).
- Penghadang angin (windshield) kawalan elektrik.
- Kamera dashcam depan dan belakang.
- Sistem Pemantau Tekanan Angin Tayar (TPMS) dan Sistem Henti-Mula (automatic start stop).
Spesifikasi ARIIC XWAY 200
- Enjin satu silinder 198.8cc SOHC dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api
- Kuasa 14.5kW @ 8,250rpm, tork 17.5Nm @ 6,500rpm
- Kotak gear CVT automatik
- Rim aloi 13 inci dengan tayar 120/70 (depan) dan 130/70 (belakang)
- Dimensi panjang 1,980mm, lebar 730mm dan tinggi 1,300mm
- Jarak roda: 1,310mm
- Tinggi pelana: 760mm
- Berat bersih: 157kg
- Tangki minyak 11 liter































