Cyclone RT450GT: Skuter 2 silinder sebaris kelas 400cc bakal sertai pasaran Malaysia

Satu lagi skuter kelas 400cc enjin 2 silinder nampaknya akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi. Model yang dimaksudkan ini ialah Cyclone RT450GT keluaran pihak Zonsen (Zongshen) di China.

Di Malaysia, Mforce Bike Holdings (Mforce) akan membawa masuk Cyclone RT450GT dan dijangka memperkenalkan skuter kelas pertengahan (middleweight) itu pada tahun 2027.

Guna Enjin VOGE SR450X?

Ini adalah skuter dua silinder kelas 400cc kedua (bakal) dibawa Mforce ke pasaran domestik selepas pengumuman awal mengenai model VOGE SR450X semasa Mforce MotoXperience 2026.

Berdasarkan maklumat kami terima, Cyclone RT450GT akan menggunakan enjin KSL400 iaitu enjin sama seperti digunakan untuk VOGE SR450X.

Ini berlaku kerana Zonsen ialah pemegang saham terbesar Loncin (pemilik jenama VOGE) dan ini pernah diumumkan dalam hebahan 2 Julai 2024.

Enjin Sama, Karakter Berbeza

Walaupun nadi penggerak dikatakan sama, Cyclone RT450GT nampaknya menerima talaan berbeza dengan VOGE SR450X. Ini boleh dilihat pada data kuasa dan tork dua model tersebut:

  • VOGE SR450X: 42hp @ 8,000rpm dan 42Nm @ 5,750rpm.
  • Cyclone RT450GT: 42hp @ 8,100rpm dan 44.2Nm @ 5,600rpm.

Setiap model ini ada sasaran pembeli tersendiri dengan VOGE SR450X berfokuskan penunggang yang inginkan jentera bersifat off-road ringan manakala Cyclone RT450GT lebih kepada penggemar kembara sepenuhnya.

Ini boleh dilihat pada beberapa elemen asas seperti reka bentuk keseluruhan skuter, saiz dan jenis rim digunakan, jarak bumi, jarak roda serta ketinggian tempat duduk.

Cyclone RT450GT

  • Rim aloi 15 inci depan, 14 inci belakang
  • Tinggi pelana 780mm
  • Jarak bumi 135mm
  • Jarak roda 1,525mm

VOGE SR450X

  • Rim multi-jejari 17 inci depan, 14 inci belakang
  • Tinggi pelana 795mm
  • Jarak bumi 180mm
  • Jarak roda 1,518mm

Perincian Cyclone RT450GT

  • Sistem pencahayaan LED penuh dengan lampu utama menggunakan 4 unit projektor. Mungkin dilengkapi fungsi lampu pintar adaptif.
  • Instrumen meter TFT yang menyokong sambungan telefon pintar.
  • Ada Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS).
  • Ada Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) dan amaran lampu henti kecemasan (ESS).
  • Sistem kemasukan tanpa kunci. Ada kemungkinan boleh hidupkan/aktifkan skuter menggunakan kad NFC dan aplikasi telefon pintar.
  • Penghadang angin diselaras menggunakan butang kawalan (elektrik).
  • Mungkin cermin sisi boleh dilipat automatik, ada pengesan titik buta dan tongkat tengah elektrik seperti Cyclone RT5.
  • Ruang bawah tempat duduk boleh muatkan dua topi keledar.
  • Ciri pemanas tangan dan tempat duduk (mungkin ada).
  • Kamera dashcam depan dan belakang.

Spesifikasi Lain

  • Enjin jenis 2-silinder 398cc DOHC 8-injap dengan sistem penyejukan cecair dan suntikan bahan api.
  • Sistem transmisi automatik CVT dengan pacuan tali sawat.
  • Tayar depan 120/70 – 15
  • Tayar belakang 140/70 – 14
  • Dimensi panjang 2,230mm, lebar 770mm dan tinggi 1,395mm
  • Berat 210kg
  • Tangki minyak 18 liter

Artikel Berkaitan