ARIIC GOBI 250 (2026) lancar di Malaysia Bike Show – Spesifikasi rasmi, Harga RM13,988 dan 3 warna pilihan

Selain Touch 250, Mforce Bike Holding juga melancarkan skuter ARIIC GOBI 250 di Malaysia Bike Show 2026 dengan harga yang lebih murah berbanding jangkaan awal.

Harga badan rasmi untuk ARIIC GOBI 250 ialah RM13,988 iaitu lebih rendah RM400 berbanding anggaran harga asal yang pernah dilaporkan.

Harga rasmi ARIIC GOBI 250

Sasaran Pembeli Berbeza

Jika ARIIC Touch 250 tertumpu kepada pembeli untuk kegunaan dalam bandar dan lebuh raya.

ARIIC GOBI 250 pula sesuai untuk mereka yang inginkan keseronokan tunggangan tambahan termasuk off-road ringan.

Warna Pilihan ARIIC GOBI 250

Ada tiga pilihan warna untuk ARIIC GOBI 250 iaitu ungu, hitam dan kelabu lembut.

Spesifikasi ARIIC GOBI 250

  • Enjin jenis silinder tunggal 249cc dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api (FI).
  • Kuasa maksimum 22.5hp (16.5kW) @ 8,00rpm
  • Tork maksimum 23.5Nm @ 5,000 rpm
  • Sistem transmisi CVT automatik dengan pacuan tali sawat
  • Sistem pencahayaan LED penuh
  • Menggunakan sistem kemasukan pintar tanpa kunci (smart keyless)
  • Ada kamera perakam (dashcam) di bahagian hadapan
  • Meter TFT berwarna
  • Ruang simpanan bawah pelana boleh memuatkan topi keledar muka penuh
  • Penghadang angin boleh laras 2 tahap secara manual
  • Fork teleskopik USD dan set absober berkembar belakang
  • Sistem brek cakera tunggal depan dan belakang, ada Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran
  • Dilengkapi ciri Kawalan Cengkaman (Traction Control)
  • Tangki minyak 12.5 liter
  • Tayar depan 110/80 – 14
  • Tayar belakang 130/70 – 13
  • Panjang 1,980mm
  • Lebar 770mm
  • Tinggi 1,315mm
  • Jarak antara roda 1,430mm
  • Tinggi tempat duduk 780mm
  • Berat kasar 176kg