Achey jadi individu berdaftar pertama skuter ARIIC 318GT di Malaysia

Achey Bocey menjadi individu pertama memiliki skuter terbaharu ARIIC 318GT yang didaftarkan di Malaysia dan pengumuman mengenainya dibuat pada acara pelancaran jenama dan skuter ini pada Isnin lepas.

Kalau tonton video temu bual MForce TV dengan Achey, beliau menjelaskan mengapa ARIIC 318GT menjadi pilihannya dan ini banyak berkait dengan kejuruteraan binaan 318GT serta ciri-ciri moden yang ada padanya tapi harga lebih rendah.

Menariknya, Achey berkata ARIIC 318GT ini memaparkan jenama pengeluarnya pada komponen skuter seperti di kaliper brek dan beberapa bahagian badan lain. Katanya, tak macam sesetengah motosikal yang menggunakan jenama komponen lain.

Bak kata Achey: satu skuter dengan jenama tersendiri.

Achey juga akan menunggang skuter ARIIC 318GT untuk ke beberapa kawasan di Malaysia selama 5 hari bermula dari 8 Mei hingga 13 Mei 2025.

VIDEO TEMU BUAL ACHEY & MFORCE TV

TEMU BUAL ACHEY & ROAD STAR