
Yamaha YZF-R9 dikatakan akan membuat kemunculan di Malaysia dalam masa terdekat? Sempena Kejuaraan MotoGP Malaysia (MotoGP Malaysia) 2027 atau…..
Belum ada kepastian sama ada Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) akan melancarkannya atau R9 bakal senasib seperti R7… yang pernah jadi bahan pameran sempena MotoGP Malaysia 2022.

Cerita tentang R9 pernah dilaporkan pada awal tahun ini. Berita mengenai kedatangannya nampak lebih menyakinkan sebab ada teaser model R diselitkan di penghujung video berkaitan Karnival GenBlu 2026.
Ada apa dengan Yamaha YZF-R9?

Ada tiga pilihan warna untuk edisi terbaharu Yamaha YZF-R9 . Ini nama warna susunan dari arah kiri gambar iaitu:
- Matte Dark Purplish Blue Metallic 1 (biru gelap kusam)
- Deep Purplish Blue Metallic C (biru)
- Black Metallic X (hitam)
Enjin Yamaha R9 sama seperti naked bike MT-09 iaitu CP3 (Crossplane Concept 3-cylinder) iaitu jenis 3-silinder sebaris dengan padanan kotak gear manual 6-kelajuan. Ada QuickShifter dan dua mode tunggangan.
Sistem penyampaian bahan api menggunakan YCC-T (Yamaha Chip Controlled Throttle) yang membolehkan kawalan lebih tepat kemasukan udara.
Ada winglet depan untuk meningkatkan downforce (tekanan ke bawah) dan mencegah kejadian tayar terangkat ketika memecut di laluan lurus (antara 6 hingga 7 peratus) dan keluar dari kawasan selekoh (10 peratus) dengan kombinasi spoiler depan.
Frem ditambah baik aspek ketegaran dan R9 menggunakan frem paling ringat dalam sejarah supersport Yamaha (YZF-R1 dan YZF-R6) iaitu dengan kadar berat sekitar 9.7kg (untuk sebuah frem).
Suspensi datang daripada jenama Kayaba (KYB) dengan kedua-dua unit ditala khas untuk model YZF-R9.
Fork depan USD 43mm dengan strok 120mm, boleh laras lantunan redaman (rebound damping) di sebelah kanan dan redaman mampatan (compression damping) di sebelah kiri.
Brek datang daripada jenama Brembo membabitkan kaliper monobloc Brembo Stylema 4-piston depan bersama cakera tunggal 320mm. Silinder induk brek (master cylinder) berjenama Brembo dan hos brek jenis stainless steel braided.
Meter digunakan jenis TFT berwarna 5-inci yang memaparkan pelbagai maklumat dan ada empat pilihan tema paparaan. Warna latar belakang paparan boleh tukar putih (siang) atau hitam (malam).
Ada paparan Track Mode dengan paparan catatan masa lap disediakan. Meter juga boleh disambung dengan aplikasi Y-Connect, sistem navigasi Garmin StreetCross dan juga
Y-TRAC Rev untuk memperoleh maklumat tunggangan penting di trek lumba.
Pilihan mode tunggangan disediakan untuk R9 ialah pilihan mode Sport, Street, Rain dan Custom 1 serta 2.
Teknologi bantuan tunggangan membabitkan Hantaran Kuasa (PWR), Kawalan Cengkaman (TCS), Sistem Kawalan Gelincir (Slide Control System – SCS), Kawalan Brek (BC), Sistem Kawalan Gelinciran Roda Belakang (Back Slip Regulator -BSR), Pengurusan Pembrekan Enjin (EBM), Kawalan Jejalah (CS), Kawalan Angkat (Lift Control -LIF) dan Launch Control.
Spesifikasi Yamaha YZF-R9
| Yamaha YZF-R9 | |
|---|---|
| Enjin | 3 silinder sebaris, DOHC 12-injap (4 setiap silinder) |
| Kapasiti | 888cc |
| Kuasa maksimum | 88W @ 10,000rpm (9.11hp) |
| Tork maksimum | 93Nm @ 7,000rpm |
| Bore x Stroke | 78mm x 62mm |
| Nisbah mampatan | 11.5 : 1 |
| Sistem bahan api | EFI |
| Sistem penyejukan | Sejukan cecair |
| Kotak gear | 6 kelajuan manual |
| Suspensi depan | Fork terbalik (USD) 43mm Kayaba, jarak travel 120mm |
| Suspensi belakang | monoshock, jarak travel 118mm |
| Tayar depan | 120/70 - 17 |
| Tayar belakang | 180/55 - 17 |
| Brek depan | Cakera berkembar 320mm |
| Brek belakang | Cakera tunggal 220mm |
| Panjang | 2,070mm |
| Lebar | 705mm |
| Tinggi | 1,180mm |
| Jarak dari bumi | 140mm |
| Jarak roda | 1,420mm |
| Tinggi tempat duduk | 830mm |
| Tangki minyak | 14 liter |
| Berat kasar | 195kg |


















