
Mforce Bike Holdings (Mforce) mengumumkan skuter Cyclone RT2S edisi 2026 akan berada di rangkaian pengedar rasmi mereka bermula minggu ini.
Cyclone RT2S didatangkan dengan dua warna pilihan iaitu Prestige Black dan Strong Grey, ditawarkan pada harga badan RM13,888. Harga ini tidak termasuk cukai jalan dan insurans.


Cyclone RT2S menggunakan enjin satu silinder 247cc DOHC 4 injap dengan sistem penyejukan cecair dan sistem suntikan bahan api yang menghasilkan kuasa maksimum 19.5 kW pada 8,500rpm dan tork puncak 24.5Nm pada 6,500 rpm.
Sistem transmisi automatik jenis CVT dengan tali sawat untuk menggerakkan roda belakang. Tangki minyak berkeluasan 12.6 liter.
Cyclone RT2S dipasang fork teleskopik untuk bahagian hadapan dan set absober berkembar di belakang.
Sistem brek membabitkan cakera tunggal 270mm di hadapan dan saiz 220mm di belakang. Kedua-duanya ada teknologi Sistem Brek Anti Kunci (ABS).
Cyclone RT2S datang dengan tayar bersaiz 110/80 pada rim 14 inci di hadapan, tayar belakang 140/60 rim 13 inci di belakang.
Dimensi skuter ialah 2,100mm panjang, 790mm lebar dan 1,398mm tinggi. Jarak roda 1,400mm, tinggi tempat duduk 750mm. Jarak bumi 135mm. Berat kering 179kg.
Ciri moden didatangkan ialah meter TFT, sistem kunci pintar, soket pengecas USB Type-A, suis keselamatan tongkat sisi serta latar pencahayaan pada konsol butang kawalan.
Tambahan lain ialah sistem pencahayaan LED penuh, ada Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) boleh dinyah aktif, kamera papan pemuka depan belakang, penghadang angin boleh laras serta Sistem Pemantauan Tekanan Angin Tayar (TPMS).
Artikel Berkaitan
- Cyclone RT2S (2026) tunggu masa masuk kedai pengedar Mforce
- Cyclone RT (2026): 2 skuter canggih 250cc akan hadir ke Malaysia Bike Show 2026
- Mforce MotoXperience 2026: Lebih 100 model dipamerkan, 23 jenama hadir, lancar 15 model baharu
- Cyclone RT250: Skuter maxi lancar di China dengan 2 varian, ada ABS, TCS, dashcam dan sistem pengesan Titik Buta
Galeri Gambar Cyclone RT2S























