
MForce Bike Holdings (MForce) dan JinLang sudah mempertontonkan model skuter prototaip iaitu ARIIC 400 GS di China dan model ini bakal memasuki pasaran global serta Malaysia tidak lama lagi.
Model prototaip ini ada melibatkan pembangunan bersama dengan pihak MForce, antara termasuk penyelidikan dan pembangunan serta ciri-ciri yang bakal diadakan pada ARIIC 400 GS.

Sebenarnya, cerita mengenai pembangunan model ARIIC ini pernah dinyatakan dalam majlis pelancaran model ARIIC 318GT di Malaysia pada April 2025. Ketika itu, belum ada nama model rasmi. Gambar di bawah ini menunjukkan lakaran awal model 400.

ARIIC 400 GS ini tergolong sebagai sebuah skuter adventure dan model ini besar kemungkinan dibawa ke MForce Motorshow 2026 yang akan berlangsung di MAEPS Serdang pada pertengahan tahun depan.
Semasa sesi pembentangan mengenai model ARIIC 400 GS, ada beberapa maklumat ada turut dikongsi kepada umum.
PERINCIAN ARIIC 400 GS

Model ini menggunakan enjin satu silinder berkapasiti 369cc 4-injap dengan sistem sejukan cecair, menawarkan kuasa 25kW (33.5hp) @ 7,500rpm dan tork puncak 38.3Nm @ 5,500rpm. Sistem transmisi jenis CVT automatik.
Dimensi panjang skuter ARIIC 400 GS ialah 2,200mm, lebar 895mm dan dua paras ketinggian iaitu 1,251mm (low) dan 1,385mm (high).
Jarak roda 1,518mm dan berat kasar ialah 188kg.
Sistem pencahayaan jenis LED penuh, instrumen meter digital LCD penuh, sistem ABS 2-saluran dan ada teknologi Kawalan Cengkaman.
Cerita mengenai ARIIC TOUCH 250 dan ARIIC GOBI 250.


















