ARIIC GOBI 250 mula masuk pasaran Malaysia, harga badan RM13,988

ARIIC GOBI 250

ARIIC GOBI 250 akan berada di rangkaian pengedar sah Mforce Bike Holdings (Mforce) bermula minggu depan.

Ketua Pegawai Operasi Mforce, Asri Ahmad menyatakan sedemikian dalam ucapannya semasa majlis sambutan ulang tahun ke-9 Mforce Smartshop Wei Ling Motor Sdn. Bhd. di Kluang, Johor pagi tadi.

Berita tentang model ARIIC GOBI 250 ini pernah kami laporkan beberapa kali, bermula dengan maklumat awal ketika lawatan ke China dan pengumuman mengenainya di Mforce MotoXperience 2026.

Harga badan ARIIC GOBI 250 kekal sebanyak RM13,988, tidak termasuk cukai jalan, caj pendaftaran dan insurans.

Skuter ini didatangkan dengan tiga warna pilihan iaitu hitam (Carbon Black), kelabu (Velocity
Grey) dan ungu (Mystic Purple).

Ciri Menarik ARIIC GOBI 250

Antara ciri menarik yang ada pada skuter ARIIC GOBI 250 ialah fork terbalik (USD), meter TFT berwarna, ada kamera dashcam, sistem kemasukan pintar tanpa kunci (smart keyless), port pengecas USB Type-A dan Type-C, penghadang angin (windshield) boleh laras 2 tahap secara manual dan bar rempuh (crash bar).

Spesifikasi ARIIC GOBI 250

  • Enjin jenis silinder tunggal 249cc dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api (FI).
  • Kuasa maksimum 22.5hp (16.5kW) @ 8,00rpm
  • Tork maksimum 23.5Nm @ 5,000 rpm
  • Sistem transmisi CVT automatik dengan pacuan tali sawat
  • Sistem pencahayaan LED penuh
  • Ruang simpanan bawah pelana boleh memuatkan topi keledar muka penuh
  • Fork teleskopik USD dan set absober berkembar belakang
  • Sistem brek cakera tunggal depan dan belakang, ada Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran
  • Dilengkapi ciri Kawalan Cengkaman (Traction Control)
  • Ada Sistem Pemantauan Tekanan Angin Tayar (TPMS)
  • Tangki minyak 12.5 liter
  • Tayar depan 110/80 – 14
  • Tayar belakang 130/70 – 13
  • Panjang 1,980mm
  • Lebar 770mm
  • Tinggi 1,315mm
  • Jarak antara roda 1,430mm
  • Tinggi tempat duduk 780mm
  • Berat kasar 176kg

Artikel Berkaitan

Galeri Gambar ARIIC Gobi 250