
Thailand sudah menerima sportbike istimewa Yamaha YZF-R15M Monster Black Edition 2026 dengan unit terhad iaitu hanya 100 motosikal.
Model ini menerima grafik hitam dan biru gelap yang diinspirasi daripada jentera MotoGP Yamaha YZR-M1. Harga diumumkan ialah 138,700 baht (anggaran RM16,826).

Motosikal ini dipacu enjin VVA sedia ada jenis satu silinder 155cc SOHC 4-injap dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api.
Kotak gear jenis manual 6-kelajuan dengan tambahan klac Assist & Slipper. Komponen lain kekal sama seperti fork USD, monoshock, swing arm aluminium serta teknologi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) depan belakang dan Kawalan Cengkaman.
Jaminan diberi ialah 5 tahun atau jarak perbatuan 50,000km untuk komponen utama.
Artikel Berkaitan:
- Yamaha YZF-R15M Monster Energy Limited Edition 2023 dilancarkan, terhad 600 unit, harga RM 14,998.00
- Yamaha melancarkan YZF-R15M World GP 60th Anniversary Edition 2022 untuk pasaran India, harga RM 10,448.43
- Yamaha YZF-R15M 2022 dilancarkan di pasaran Malaysia, dua pilihan warna, harga asas RM 14,998.00








