Aveta Nova 200 Edisi Terhad (2026) lancar dengan rona kuning, harga badan RM8,788

Aveta Motor Malaysia turut melancarkan satu lagi skuter edisi istimewa iaitu Aveta Nova 200 Edisi Terhad sempena Aveta Mega Gathering 2026 di Setia City Convention Centre, Setia Alam di Selangor.

Nova 200 Edisi Terhad ini ditawarkan cuma 1,688 unit dengan warna pilihan Cyber Yellow dengan perubahan reka bentuk bahagian visor (penghadang angin). Rim berwarna emas dan ada pelekat Edisi Terhad pada bahagian tengah badan skuter.

Nova 200 Edisi Terhad hanya ditawarkan melalui rangkaian Aveta Preferred Dealers. Spesifikasi kekal sedia ada.