Ada pengedar sudah buka tempahan skuter ARIIC XGOBI 250 di Malaysia?

ARIIC ialah satu jenama skuter baru di Malaysia dan model pertamanya ialah ARIIC 318GT yang dilancarkan pada April lepas.

Walaupun jenama ARIIC belum capai usia dua bulan, sudah ada beberapa kedai motosikal membuat iklan pengambilan tempahan model skuter kedua jenama ini iaitu ARIIC XGOBI 250.

Bila akan datang? Kru kami sedang berusaha mendapat pengesahan mengenai cerita ini. Tapi…kalau betul, ARIIC XGOBI 250 akan membuatkan perang skuter kategori 250cc lebih sengit.

ARIIC XGOBI 250 ialah skuter bandar bergaya adventure dilancarkan di peringkat global pada April 2025 iaitu kira-kira tempoh masa sama 318GT dilancarkan di Malaysia. Kita tunggu apa pengumuman MForce Bike Holdings (MForce) nanti.

Di sini, kami kongsikan data perincian (spesifikasi) skuter ARIIC XGOBI 250 di pasaran antarabangsa. Spesifikasi ini mungkin kekal atau berubah sedikit jika masuk Malaysia:

ARIIC XGOBI 250 (2025)
Enjin1 silinder, 4-injap
Kapasiti249cc
Kuasa maksimum22.5hp @ 7,500rpm
Tork maksimum23.5Nm @ 5,000rpm
Bore x Stroke69mm x 66.7mm
Nisbah mampatan10.3 : 1
Sistem bahan apiEFI
Sistem penyejukanSejukan cecair
Kotak gearAutomatik V-belt dengan 2 stage gear reduction
Suspensi depanFork USD
Suspensi belakangabsorber kembar subtangki
Tayar depan110/80 - 14
Tayar belakang130/70 - 13
Brek depanCakera 240mm
Brek belakangCakera
Panjang1,980mm
Lebar770mm
Tinggi1,315mm
Jarak dari bumi135mm
Jarak roda1,430mm
Tinggi tempat duduk780mm
Tangki minyak12.5 liter
Berat176kg
Bonus- Sistem brek ABS depan-belakang
- Ada Traction Control System (TCS)
- Sistem lampu LED penuh
- Sistem kekunci pintar (keyless)
- Meter TFT 7 inci berwarna
- Penghadang angin (Windscreen) boleh dilaras manual 2 tahap